Best la dia masak. Releks2 je masak kt kampung. Kecoh tol diaorg ni.

Hanya kerana mahukan suatu kelainan dan berbeza, gadis ini sanggup memasak menggunakan dapur kayu untuk dikongsi sebagai content di media sosial. Salah satu video yang dikongsi menunjukkan gadis ini sedang memasak char kuey teow dengan menggunakan dapur kayu. Video yang dimuat naik itu setakat ini telah meraih hampir 120,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rozana Mohaman Hamidi, 23, mengatakan video itu diambil dari akaun YouTube miliknya yang menyiarkan banyak kandungan berkaitan dengan masakan.

Tambahnya lagi, dia melakukannya kerana ada pengikut saluran berkenaan yang ternanti menunggu dirinya untuk muncul di TikTok pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Rozana memaklumkan sebenarnya beliau memiliki YouTube Channel sendiri, jadi beliau ambil video dari situ untuk dimuat naik ke TikTok kerana ada juga yang ternanti-nanti untuk beliau buka akaun TikTok.

Dalam video yang tular itu Rozana sedang memasak char kuet teow yang pernah digunakannya sebagai content di akaun YouTube nya.

a

Dia terp4ksa meletak dapur kayu pada bahagian yang tinggi kerana ia memerlukan api yang besar.

“Kebetulan memang dah suka memasak pakai dapur kayu sejak dulu lagi walaupun dekat rumah ada je dapur gas biasa, Kalau pakai dapur kayu ni, aroma dia tu akan masuk dalam masakan dan jadi lebih sedap,” katanya yang berasal dari Batu Kurau, Perak.

Lebih mesra disapa Rozek, dia minat memasak sejak darjah dua dan mengakui memasak menggunakan dapur kayu mempunyai kepuasannya sendiri.

Walaupun mempunyai lebih 100,000 pengikut dan menyediakan content lain dari yang lain, namun ada juga yang kvrang senang dengan cara yang digunakan kerana dianggap hanya menyus4hkan dirinya sendiri.

“Saya belajar memasak sejak darjah dua lagi dan banyak belajar daripada ibu, ayah dan kakak. Rasa seronok masak di luar rumah guna dapur kayu sebab feel tu lain.

a

Rozek (kanan) belajar memasak daripada ibu, bapa dan kakaknya.

“Jadi saya pun jadikan ia sebagai konten video untuk dimuat naik ke akaun YouTube. Saya mula muat naik video di situ sejak Mac lalu dan setakat ni ada 126,000 subscribers.

“Ada juga yang komen kenapa nak kena guna dapur kayu dan menyusahkan diri sendiri? Sebenarnya tak susah pun nak kawal api guna dapur kayu, tiada masalah seperti disambar api sebab saya dah biasa masak dengan cara itu,

“Saya lebih risau perkara seperti minyak panas terjatuh ke atas kaki ketika sedang memasak, jadi perlu lebih berhati-hati,” ujarnya.

Berbicara tentang cabaran yang dihadapi sepanjang menghasilkan video masakan, Rozek menjelaskan, kadangkala proses rakaman video terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca.

Jelasnya lagi, jika berlaku keadaan seperti itu dia akan menyambung sesi rakaman pada hari lain kerana mahu menjaga kualiti video yang dihasilkan.

“Bila memasak di luar ni cabarannya ialah cuaca, kalau tiba-tiba hujan memang saya terp4ksa hentikan proses rakaman dan buat semula pada hari lain. Kejadian itu berlaku waktu saya nak rakam video masak ayam golek madu, kari ikan tenggiri dan roti john pasar malam.

“Kalau nak sambung semula selepas hujan berhenti boleh je cuma nanti mood nak memasak dan suasana di luar tu tak samalah dengan keadaan sebelum hujan. Mesti penonton perasan pula ada perbezaan di dalam video.

Saya harap video masakan ini sampai ke tahap international

ROZANA MOHAMAN HAMIDI

“Saya akan mula buat video pada jam 10 pagi kerana waktu itu cahaya di luar masih cantik dan pastikan semuanya siap sebelum waktu Asar.

“Semua video yang dihasilkan itu adalah dengan bantuan adik saya. Dialah yang jadi jurugambar dan tolong edit video, kalau tak ada dia memang tak jadilah semua video masakan saya,” katanya.

Menurut anak kelima daripada sembilan adik beradik itu, dia gembira kerana ada yang menghargai dan memuji konten masakan yang dikongsi olehnya

Rozek juga berharap agar videonya itu dapat sampai ke tahap antarabangsa dan dilihat oleh penonton dari seluruh dunia.

“Saya rasa sangat gembira bila ada yang hargai dan berkongsi resepi masakan dengan orang ramai,” katanya yang menjual produk kosmetik secara online sebagai sumber pendapatan.

a

Antara hidangan yang dimasak oleh Rozek

“Mereka juga puji kerana saya yang muda ini pun reti memasak lauk dengan menggunakan bahan seperti kepala kambing, belangkas dan kulit lembu.

“Saya harap video masakan ini sampai ke tahap antarabangsa, sebab tu kadang-kadang saya ada juga letak tajuk dalam Bahasa Inggeris dengan harapan adalah juga penonton dari luar negara,” katanya.

Sumber : mStar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.