Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, barang keperluan dan makanan asas menjadi sesuatu yang sangatlah berharga. Mana tidaknya, hampir setiap hari kita mendengar individu yang terkesan meminta pertolongan bagi mendapatkan makanan.
Sekadar beras dan makanan kering sudah cukup untuk mengalas perut daripada kelaparan. Maka, barangan dapur itu menjadi leperluan yang sangat bernilai dan harus dijaga dengan baik andai telah diperoleh.
Bahayakan Diri Untuk Sekampit Beras
Terkini, melalui satu perkongsian yang tersebar di TikTok, seorang pengguna aplikasi berkenaan yang menggunakan nama @epi_kodok777 telah memuat naik video seorang pemuda menyelamatkan sekampit beras apabila motosikalnya tiba-tiba sahaja terbakar.
Tiba2 Api Marak dan Sambar Enjin
Pemuda malang tersebut kelihatan baru sahaja hendak menghidupkan motosikalnya sebelum api tiba-tiba marak dan terus menyambar bahagian enjin motosikal berkenaan.
Dia dengan pantas menyelamatkan sekampit beras dalam bakul motor dan memeluknya daripada turut terbakar sambil tersenyum walaupun dalam keadaan panik.
Termenung Tengok Motor Terbakar
@epi_kodok777mula² api kecik.. jirus air jadi besar api dia.. #sedihbanget♬ bunyi asal – berry farhana
Perkongsian tersebut yang telah ditonton lebih dari 2 juta kali oleh netizen, telah mendapat pelbagai komen dan reaksi. Rata-rata menyatakan rasa sedih melihat keadaan itu dan mengakui betapa pentingnya makanan ketika ini berbanding dengan harta-benda.
Mereka juga berdoa agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki dan berharap ada pihak yang dapat menolongnya.
Nampak Senyum Tapi Dalam Hati Siapa Tahu
Semoga Dimurahkan dan Diluaskan Rezeki
Masih Mampu Senyum Walau Sedang Diuji
Yang Rakam Wanita Bawa Anak, Abang Tu Nak Alih Kereta
Ingatkan Dah Cukup Susah, Ada Yang Lagi Besar Dugaan
Nasib Beras Sempat Dia Tarik
Walau bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan kerana pengguna TikTok hanya memuat naik video berkenaan tanpa menyatakan detail sebenar.
Sumber: TikTok @epi_kodok777