Connect with us

#vvip

“kau kalau dah sang4p sangat tak payah nak r4ba kakak ipar kau laa s3tan” aku disisihkan family hanya kerana f1tnah dari abang aku sendiri

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua dan admin. Thank you lah kalau confession ni diterima dan disiarkan.

Aku rasa nak share cerita apa yang jadi dekat aku. Cerita mungkin panjang, and sorry kalau ada ayat aku yang tunggang langgang. Aku ada 4 adik-beradik, aku anak no 2. Bawah aku, 2 perempuan. Dan aku dah disisihkan dari family aku. Hanya kerana f1tnah dari abang aku sendiri. Ceritanya begini, abang aku ni dah kawin.

Dulu dia duduk rumah sewa, tapi disebabkan owner rumah tu nak duduk situ, jadinya dia pindah ke rumah ibu aku. So kitorang memang duduk sekali. Dulu kitorang rapat, tapi sejak abang aku marah sebab aku keluarkan kasut dia dari kereta, sejak tu lah aku dah tak rapat dengan dia. Aku cakap dengan dia pun bila perlu je. Kalau tak perlu, memang aku diam je.

So sampailah ada 1 hari tu, aku cuti, duduk kat rumah. Teriba abang aku ni ketuk pintu bilik, dia cakap sambil marah-marah “qal, kau ada ambik duit aku tak, RM700 dalam laci?” Aku cakap takde, dari tadi aku dalam bilik. Lepastu dia marah-marah lagi, dia mengadu dekat ibu konon aku yang ambik.

Ibu aku pun paksa-paksa aku suruh mengaku, “masalahnya memang qal tak ambik bu, qal pun ada duit laa bu”. Last-last ibu aku suruh abang aku tu cari betul-betul.. lepastu dia pun senyap je, aku tak tau laa mana duit tu. Along aku ni banyak cari salah aku, selalu mengadu konon aku calarkan kereta dialah, aku ni ambik barang dia lah.

Dulu, berapa banyak video luc4h yang Along download dekat laptop aku, lepastu duk cakap dekat ibu yang video tu aku download. And ibu dengan ayah aku pun macam percaya je dekat dia.. Kemuncak dia bila, aku dengar kak long aku ni menangis-nangis dalam bilik, sebab bilik aku dengan dia berdepan. Aku ingatkan diorang gaduh ke apa, rupanya bukan.

Abang aku datang bilik, ketuk pintu macam nak roboh “qal! Kau keluar kejap!” Aku pun keluar. Aku yang tengah terpinga-pinga ni tetiba abang aku tampar, pastu dia cakap “kau kalau dah sang4p sangat tak payah nak r4ba kakak ipar kau laa s3tan” aku cakap “ehh apa ni tetiba nak lempang aku, kau tu jangan b4bi buta je nak tuduh orang.”

Parents aku kuar bilik tanya nape kecoh sangat, “ni haa yah, ana bagitahu qal ni duk gesek2 kat dia” ayah dengar ni, ayah lempang aku sekali. Aku masa ni menangis, sebab semua macam tak percaya aku dah. Aku tengking abang aku “kau panggil ana tu, kau dengar cerita sebelah je mana boleh b0 doh!”.

Dia panggil ana, aku cakap kat dia “kak, kau cakap apa kat along? Kau jangan buat cerita, qal yang kena” aku memang dah kau aku je dengan kak ana tu. Lepastu dia diam je, sambil nangis. Adik aku yang bongsu cakap “celah mana dia gesek tu? Bila angah gesek?” Pastu kak ana tu cakap, time kat dapur. Aku terus “kepala hangguk kau laa, aku pergi dapur pun tidak.

Lagi nak tuduh aku, aku selama ni nak pakai seluar pendek depan kau pun tidak. Ni lagi nak nak buat tak elok dekat kau”. Aku terus masuk bilik, aku tak keluar bilik sampai malam. Adik aku whatsapp aku “ngah, adik tau bukan salah angah. Tapi nak buat macam mana, ayah lebih percaya kat along. Adik try jugak cakap, tapi adik balik kena marah”.

Tak lama tu.. Ibu datang bilik aku, ibu cakap “qal, carilah rumah lain.. Duduk lah asing.. Jangan duduk sini, ibu taknak dah dengar along tu marah”. Aku macam terkejut laa, patutnya along yang kena keluar. Apsal aku pulak. Tapi aku betul-betul dah merajuk, aku cari bilik sewa. Seminggu lepas kejadian tu, aku pindah.

Tapi yang buat aku terkilan, parents aku memang tak dengar aku punya penjelasan. Diorang percaya bulat-bulat dekat abang aku tu. Mungkin sebab diorang percaya kat video video lu**h yang ada dalam laptop aku tu kot. Lepas aku pindah, aku lalui hari-hari aku macam biasa, adik aku pun okey dengan aku. Tiap-tiap bulan aku still bagi parents aku duit.

Walaupun diorang tak tanya pun aku ni okey ke tak. Diorang bercuti 1 family, tanpa aku. Sedih sangat, seolah-olah aku ni bukan anak dia. Then ada 1 hari tu, adik bongsu aku bagitahu. Abang aku ni masuk hspital, aku pun tanya kenapa? Rupanya kaki dia tu macam ada luka, besar jugak lah tak boleh jalan sebab s4kit sangat, asalnya bisul je.

Dia pergi em3rgency, then kebetulan along dimasukkan ke wad aku. Sepanjang dia masuk wad, memang aku yang jaga dia. Aku cucikan luka, aku papah dia masuk bilik air. Aku tukar diet dia, ke diet yang sedap sikit. Tapi 1 patah pun dia tak cakap, apatah lagi Terima Kasih dari dia. Ibu aku datang melawat pun, aku rasa lain bila cakap dengan ibu..

Tak tahu laa, sebab dah jarang jumpa kot. Bukan aku tak balik, cumanya bila aku balik. Aku macam orang asing, pandai-pandailah bawak diri. Adik aku 2 orang tu je yang okey, itupun ibu aku macam tak bagi cakap dengan aku sangat. Berbalik dekat wad tadi, bila habis syif aku. Aku pesan kat kawan aku “haa ni abang aku, jaga elok-elok.”

Lepas esoknya, tau-tau kawan aku cakap “qal, aku dah tukar abang kau ke katil yang selesa sikit. Disebabkan dia abang kau, aku pindahkan kasi selesa” tapi sikit pun dia tak terima kasih dekat aku. Bukan aku nak suruh dia sujud pun, cukup just terima kasih. Tak susah mana pun. Sampaikan dia keluar wad pun, aku tak tau.

Masa tu kebetulan aku cuti 3 hari, bila masuk kerja balik. Aku tanya kawan, mana abang aku. Tau tau dia cakap “ehh abang kau dah discaj lah qal. Kau tak tau ke?”. Tapi sebab kan aku taknak diorang tahu pasal family aku ni. Aku cakap kat dia “oh.. Haah, ada dia bagitahu kat group. Aku baru baca ni haa” sambil tu aku pura-pura scroll whatsapp.

Aku tak berd3ndam, aku cuma nak family aku macam dulu balik. Itu je yang aku mintak.. Aku nak parents aku tahu, aku tak buat benda tu. Bukannya aku tak cuba pertahankan, aku cuba.. Terangkan dekat ibu, tapi aku dah di ‘bl4cklist’ dari family aku. Aku sedih.. aku tak boleh cerita semuanya dekat sini, kalau cerita kat sini. Rasanya, mau 3 4 part baru habis.

Sorrylah kalau ayat aku ada yang tunggang langgang, aku ni bab karangan memang payah. Pada yang kena macam aku, just redha je lah. Tapi selagi bernafas, berbaktilah kat parents kita. Walaupun kita tak dianggap sebagai ahli keluarga. Dan pada yang f1tnah tu, aku doakan kau bahagia lepas sebarkan cerita buruk pasal aku. Sekian, terima kasih kerana sudi baca kisah aku ni. – Qalcium

Reaksi warganet

Nur fauziah – Orang yang diz4limi makbul doa dia. Confessor pun doa jela baik2, sambil tu doa jugak Allah bagi ganjaran kebaikan pada confessor. Memang sedih keluarga pandang rendah pada kita, atau cari kita bila perlu je tapi luaskan pandangan confessor pada sudut lain.

Mungkin tak de rezrki dapat ahli keluarga yg baik tapi mungkin kita dikelilingi kawan2 yang baik, atau ditemukan denganorang luar yang baik2. At least boleh distract sikit perasaan tu dan menikmati hidup dengan bahagia.

Aaf lizs – Sadis nya.. Yang along tu pun satu hal.. Dah kahwin masih menumpang rumah mak bapa.. Usaha la cari rumah sewa.. Mak bapa patut buat peraturan cuma yang bujang boleh stay kat rumah tu.. Nak balik ziarah boleh tapi tak boleh stay terus.. Pandai2 dia laki bini nak hidup..

Untuk Qal pula.. Yakin la.. Kebenaran memang pahit untuk ditelan.. Tapi kebenaran akan muncul juga.. Walau mengambil masa yang lama.. Sabar dan banyakan berdoa.. Doa qal sedang dimakbulkan Allah tanpa hisab..

Chek wan – Qal, Jarakkanlah diri kau dari family kau esp abang kau. Pergi lah keje jauh2 sikit dari ruang lingkup family kau, kurangkan berhubung dgn famili kau, mak ayh kau dah x nampak sgt dah nilai kau dalam keluarga kau tu, jangan lupa tetap hulur duit kt mak ayah.

Tapi jarakkan juga lah perhubungan kau dengan mak ayah kau.. kalu aku baik ko pindah keje ke hspital negeri lain ke camtu.. bina hidup sendiri, positifkan diri, gembirakan hidup ku, pergi travel, slowly cari pasangan hidup klu rasa dh bersedia..

Tia mumtaz – Nak nasihat pun ramai dah bg nasihat..hihii..mybe mak awak terpaksa ckp mcm tu, die tau awak tak salah, tapi mak tersepit sebab ayah percaya bulat2 ckp along..dah nama pun abg long..huu..wife die xselesa ada adik laki kt rumah, adik laki pulak yg kena kua..huhuu.. sepatutnya abg long & kak long la kan duk luar sebab diorg dah kawen pun..

Xpela..duk jela luar dari mcm2 lagi f1tnah die nk tabur kan..kt org tua teruskan berbakti..nanti kalau dah nak kawen cite kt elok2 silap paham ni kat bakal isteri..kang kalau bakal isteri xtau nanti mcm2 pulak cerita xsedap diorg jaja kan..doa elok2..doa org teraniaya mmg Allah s.w.t akan makbul.

Sumber IIUM

Continue Reading

Trending