Connect with us

#celeb

“Kau Kat Mana?! Kenapa Buang?!” – Iesya Toh Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Individu Buang Gelang Covid-19

Pengacara dan pelakon, Nor Iesyatirradiah binti Sanny Toh atau lebih dikenali sebagai Iesya Toh meluahkan perasaan kecewa apabila mengetahui tindakan tidak bertanggungjawab oleh seorang individu yang baru-baru ini tular di media sosial kerana membuang ‘wristband’ berwarna merah jambu (tanda sedang diarahkan untuk ku4rantin) sejak semalam.

‘Wristband’ itu menunjukkan tarikh 20 Julai 2020 dan ia milik individu yang baru tiba dari penerbangan luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Date ni baru smpai Malaysia melalui KLIA semlm tau! 20.7.2020 Kau Kat mana? Kenapa buang?

“Maaf ya, sebenarnya ramai yg DM terkandas kt luar negara, nak balik Malaysia! Yes kite bantu guide, sampai berjaya balik. Bila balik, macam ni ke caranya?

“Tak nak kuar4ntin! Nak sebarkan v1rus! HONESTLY KAMI DI MALAYSIA DAH TERKAWAL! Bukak border salah, tutup salah! Sekarang macam mana?

“Suruh pakai mask, tak nak! Minta displin pun susah! Saya yakin, kalau disuruh luahkan, mungkin ini ayat daripada PM, Menteri-Menteri Kanan & Dr Hisham,” luah Iesya Toh menerusi akaun laman sosial Instagram. Netizen turut melemparkan perasaan kurang senang terhadap tindakan kurang waras individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Pemakai ‘wristband’ berwarna merah jambu disarankan untuk ku4rantin dirumah selama 14 hari. Jika mengingkari tindakan itu, denda berjumlah RM1,000 akan dikenakan dan akan dibawa ke mahk4mah.

Tindakan membuang atau memutuskan ‘wristband’ itu adalah kesalahan mengingkari arahan dari pihak Kementerian, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kita sebagai warga Malaysia yang penuh adab dan prihatin, janganlah kita mengambil ringan akan hal ini. W4bak pandemik ini tidak mengenali usia, jantina, pangkat atau harta.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membanteras w4bak ini dengan mengamalkan SoP.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya