“Saya Pilih Untuk Lengkapkan Misi” – Enggan Pulang Bersama ‘Team’ Malaysia, Caprice Kemas Beg Mulakan Misi Sendirian

GENGGAM bara api biar sampai jadi arang!

Mungkin itu menjadi prinsip pegangan penyanyi rap Caprice untuk meneruskan misi kemanusiaan ke gαzα, ραℓєѕтιи yang masih belum sempurna.

Kemelut isu berkenaan influencer, Caprice dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew nampaknya seakan sudah reda apabila Caprice membuat permohonan maaf secara bertulis menerusi Instagramnya.

Dia juga dilihat telah menurunkan poster pendedahan yang ingin dilakukan pada 21 Julai 2021 selepas mengambil kira pelbagai segi, lebih-lebih lagi ketika mendapat respon yang pelbagai seusai melakukan live IG baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sudah kemas beg untuk mulakan misi sendirian

Penyanyi rap Caprice dilaporkan tetap akan meneruskan misi meskipun terpaksa dilakukan seorang diri.

Menerusi perkongsiannya yang terbaru di IG story, Caprice memaklumkan yang dia sudah selesai mengemas pakaiannya dan akan meneruskan misinya sendirian kerana semua yang sama-sama menyertai misi bantuan kemanusiaan ke gαzα tempoh hari akan pulang ke Malaysia.

Walaubagaimanapun, penyanyi lagu Takde Hal ini tidak pula menyatakan lokasi yang bakal ditujunya itu.

“Baru habis packing, saya nak beritahu bahawa saya akan teruskan misi seorang diri.

“Semua orang sudah pulang ke Malaysia tapi saya memilih untuk lengkapkan misi, insyaAllah,” katanya menerusi beberapa klip video di Instastory pada pagi Selasa.

Akui jihad kali ini paling mencabar

Dia mengakui bahawa perjalanan ‘jihadnya’ kali ini merupakan yang paling mencabar, namun tetap percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima.

“Ini adalah antara perjalanan yang sukar dalam hidup saya, selama kita berjuang, berjihad dan beribadah.

“Tapi saya benar-benar percaya tentang hikmah, saya percaya ada alasan terhadap semua yang berlaku,” katanya lagi.

Terima kasih kepada yang membantu sepanjang di Cairo

Caprice juga turut mengucapkan terima kasih kepada tempatya menginap selama tiga minggu di Cairo dan memaklumkan suatu hari nanti dia akan membuktikan apa yang diperkataan sebelum ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Rumah Pahang di Cairo untuk selama tiga minggu ini.

“Saya amat hargai dan insyaAllah satu hari nanti saya akan buktikan my point, I will see you when I see you Malaysia.

Minta maaf sekali

Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir sempat mengucapkan terima kasih sekali lagi diatas semua kata-katanya yang telah mengguriskan hati sesiapa sahaja tidak kira secara langsung ataupun tidak dan kepada mereka yang membantu sepanjang berada di perantauan.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada siapa sahaja yang saya lukakan, kecewakan… saya minta maaf. InsyaAllah saya akan banggakan kalian, demi ummah, demi Malaysia,” katanya.

Umum sedia tahu bahawa Caprice telah memaklumkan bakal mengikuti misi kemanusiaan ke gαzα lebih kurang tiga minggu lalu.

Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas, Caprice telah membuatkan rata-rata warganet berasa terkejut disebabkan ‘perlian’ yang dilakukan di media sosial merujuk kepada seseorang yang turut menjalankan misi kemanusiaan di gαzα baru-baru ini.

Sumber: Instagram Caprice OMM mStar BN

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.