Connect with us

#news

Beberapa kawasan di Malaysia bergegar kesan gempa bumi di Sumatera

Published

on

PUTRAJAYA- Dari keterangan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia, gempa cukup besar terjadi di Indonesia dengan skala ritcher bermagnitud 5.6 yang dikemas kini menjadi M 5.1 telah menggoncang Sumatera Utara.

Dengan memerhatikan lokasi dan kedalaman pusat gempa, gempa yang berlaku adalah jenis gempa dangkal akibat aktiviti Sumatra Fault.

Hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa kali ini mempunyai mekanisme pergerakan mendatar (strikeslip).

Gegaran dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian Perak pada sebelah petang ini susulan gempa bumi sederhana di utara Sumatera, Indonesia.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia di laman rasmi Facebook jabatan itu, kejadian gempa bumi itu yang berukuran 5.2 skala Ritcher itu berlaku pada jam 4.20 petang di kedudukan 27km Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 10km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.
Beberapa penduduk di Putrajaya membuat hantaran di laman sosial seperti Twitter melaporkan mengalami rasa goyang di kediaman mereka.

Hingga kini belum ada laporan mengenai kesan kerosakan yang disebabkan oleh gempa. Hasil pemodelan menunjukkan bahawa gempa ini tidak berpotensi tsunami.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares