Connect with us

#pop

KDN membatalkan semua MyKad haram yang dijual kepada warga China

Published

on

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan semua MyKad yang dijual kepada warganegara China dalam kes terbaru di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata tindakan serupa telah diambil terhadap mana-mana kes penjualan MyKad haram yang berjaya dikesan pihak berkuasa.

“Mana-mana pemilikan MyKad yang didapati dari JPN dengan menerusi cara salah, akan dibatalkan tanpa kompromi. Sesiapa yang terlibat dalam aktiviti ini mesti dikenakan tindakan berat tanpa pilih kasih.

“Kementerian telah memberikan kuasa penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh sehingga pihak yang didapati bersalah dapat didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah membatalkan MyKad yang dirampas dari warga China di Pulau Pinang baru-baru ini.

Penolong pengarah JPN Pulau Pinang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket menjual MyKad kepada warga asing di negeri itu.

Berikutan kejadian itu, beberapa pegawai dan penjawat awam di Pulau Pinang dan Putrajaya juga ditangkap dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana disyaki terlibat dengan kes berkenaan.

Sementara itu Mohd Azis berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 81,133 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh lima tahun dari 2014 hingga 30 September 2019.

Berdasarkan dari jumlah itu, 13,151 permohonan diberikan kewarganegaraan Malaysia, manakala 57,236 permohonan sedang diproses dan 10,746 permohonan ditolak,” katanya menjawab pertanyaan soal selidik Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang bertanyakan mengenai jumlah kewarganegaraan yang telah dimasukkan, diproses dan diluluskan serta ditolak dari tahun 2014 hingga kini.

Dalam tempoh yang sama, katanya 264,192 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) direkodkan JPN dengan pemegang MyPR dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi 135,701 orang diikuti oleh India 10,283 dan Filipina 38,131.

Menurutnya daripada jumlah itu, seramai 166,116 pemegang MyPR adalah lelaki manakala 98,076 pemegang perempuan.

“Bagi pemegang MyPR mengikut kategori umur, 2,865 pemegang berusia antara 12 hingga 20 tahun, 162,856 (21 hingga 59 tahun) dan 98,471 (60 tahun dan ke atas),” katanya.

– Bernama

Continue Reading
2 Comments

2 Comments

  1. Laila

    Jun 12, 2020 at 9:34 pm

    Padat dan berisi, ditunggu artikel berikutnya, semoga bisa menjadi bahan referensi.

  2. Dewi

    Jun 12, 2020 at 9:35 pm

    Artikel yang menarik, ketemu dari google, semoga bisa jadi referensi, ditunggu postingan berikutnya.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending