Connect with us

#news

Keadaan Terkini Pelumba Negara Hafizh Syahrin Selepas Detik Cemas Sehingga Terpelanting Ke Depan

Hafizh Syahrin Abdullah merupakan atlet dalam sukan permotoran berkuasa tinggi yang sudah mengharumkan nama negara.

Pada kejuaraan MotoGP peringkat dunia 2019, beliau telah mendapat tempat ke-23 dengan jumlah mata sebanyak sembilan poin manakala pada kejuaraan MotoGP peringkat dunia tahun 2017, beliau menduduki tempat ke-10 dengan jumlah mata sebanyak 106 poin.

Kini, Hafizh Syahrin bekerjasama dengan kumpulan Aspar yang beroperasi secara rasmi di Sepanyol.

Pada hari ini, nasib Hafizh Syahrin tidak begitu indah apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan melibatkan 4 pelumba lain sewaktu perlumbaan Moto2 di Litar Red Bull Ring, Austria berlangsung.

Kemalangan itu terjadi apabila pelumba dari Itali, Enea Bastianini terjatuh daripada motorsikalnya dan jentera berkuasa tinggi itu terseret di tengah litar perlumbaan.

Lalu, Hafizh Syahrin yang menyusul dari belakang telah merempuh jentera yang terseret itu dan terpelanting ke hadapan.

Selain Enea dan Hafizh, yang turut terlibat dalam kemalangan itu ialah Edgar dan Farid Izdihar.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman sosial Twitter, Hafizh Syahrin telah dibawa masuk ke ambulans dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan penuh.

Sewaktu kemalangan tersebut berlaku, bendera merah telah dikibarkan menandakan keseluruh perlumbaan di litar itu dihentikan dan akan bersambung semula selepas sisa kemalangan dibersihkan.

Namun, Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali mengatakan bahawa pelumba negara itu tidak mengalami kecederaan yang serius.

Manakala, menerusi laman sosial Twitter, laman rasmi MotoGP menulis ciapan menyatakan Hafizh Syahrin mengalami lebam di sekitar badan terutama di pinggulnya, namun berada dalam keadaan sedar.

Semoga pelumba negara kita cepat sembuh dan kembali beraksi mengharumkan nama negara. Aaminn.

Sumber: SK

Continue Reading

Trending