Connect with us

#celeb

“Kelab malam tutup..saya terpaksa jual laksa dan live Bigo” – Ashira hilang kerja, dihalau keluar rumah 6 bulan tak bayar sewa

Peserta Gegar Vaganza, Ashira akui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan susulan wabak pandemik Covid-19 sejak Mac lalu, dia telah kehilangan punca pendapatan.

Menurut penyanyi lagu berjudul Selamanya Takkan Berakhir itu, dia telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyara kehidupan bersama anak lelakinya tetapi tiada satu pun yang membuahkan hasil. Lebih sedih lagi, akibat dari 6 bulan sewa tertunggak, Ashira dihalau keluar sehari selepas mendapat berita gembira yang beliau terpilih menyertai Gegar Vaganza musim ke-7.

“Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada pendapatan“.

Ashira menitis air mata ketika bercerita tentang kehidupannya yang terjejas.

“Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo.

“Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu.

“Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,” katanya kepada mStar.

‪Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, ditemui sewaktu sidang media yang memaparkan seramai 14 orang peserta konsert realiti Gegar Vaganza musi ketujuh bertempat di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia lebih selesa pendam.

ASHIRA
PENYANYI

Ashira kini tinggal bersama anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi yanf berusia 14 tahun selepas bercerai pada tahun 2015.

Sementara itu, dia memberitahu bahawa dia menumpang dirumah kakaknya sekitar ibu negara dan terpaksa berjauhan dengan anaknya untuk sementara waktu.

“Buat sementara ini, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini kecil.

“Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini,” ujarnya

Ashira terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.

Penyanyi itu turut memberitahu, anaknya mengalami tekanan kerana kehidupan yang mereka tempuhi bersama.

“Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril ada beritahu yang sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia lebih selesa pendam.

“Kalau boleh, saya tak nak anak saya tertekan dan berusaha untuk dia tak terlibat dalam masalah yang saya sedang hadapi ini,” ujarnya.

Sumber: mStar

Continue Reading

Trending