Connect with us

#viral

“Desakan gaji minimum pekerja dinaikkan rm2700, boleh buat majikan lingk0p” – Persekutuan Majikan Malaysia

Sewaktu tercetusnya wabak pandemik yang mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara, permintaan kenaikan gaji pekerja telah menjadi isu utama.

Kenaikan yang diminta sehingga RM2,700 itu telah menjadi isu hangat yang dibincangkan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Mereka akui bahawa kenaikan gaji sebanyak itu akan menyebabkan banyak syarikat boleh gulung tikar.

“Peningkatan gaji haruslah setaraf dengan professionalisme dan produktiviti kerja, ” kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan.

[email protected] sikap pekerja tempatan agak sukar dilentur kerana contohnya kalau mereka kerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, lepas kerja dua tiga jam atau dua tiga hari, mereka berhenti.”

Beliau tegaskan bahawa sikap mereka ini tiada daya tahan dan ini juga telah menyebabkan mereka tiada kemahiran.

“Kalau nak tingkatkan produktiviti pula, majikan perlu perkenalkan teknologi dan automasi yang lebih baik dan ini memerlukan dana yang tinggi. Untuk berbuat demikian sekarang sukar dan kerajaan kena berikan insentif-insentif tertentu,” tambah Datuk Shamsuddin ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Hal ini berkaitan dengan respon Datuk Shamsuddin kepada pernyataan yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dengan menawarkan gaji sebanyak RM2,700 sebulan di bandar-bandar besar.

Tujuannya adalah untuk menarik warganegara menceburi sektor pekerjaan yang majoritinya adalah dari warga asing.

Berkenaan dengan pendirian kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing, Setiausaha Agung MTUC, J solomon berkata ia bagi untuk memastikan kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor tidak berlaku.

Datuk Shamsuddin menegaskan, jika cadangan yang dikemukakan MTUC dilaksanakan bermakna kadar gaji meningkat lebih 60 peratus daripada gaji minimum RM1,200 yang ditetapkan kerajaan sekarang.

“Saya percaya apa yang dicadangkan MTUC itu adalah gaji pokok. Gaji pokok pekerja asing rata-rata kita bayar berdasarkan gaji minimum RM1,200 sebulan.

“Kalau kita tingkatkan kadar gaji ini bermakna kita kena tambah sebanyak RM1,500 atau peningkatan lebih 60 peratus. Saya yakin tidak ada majikan yang mampu berbuat demikian dalam tempoh singkat sekarang,” katanya.

Membacakan berita ini, apakah pendapat anda? Adakah patut kenaikan gaji berlaku? Atau gaji semasa sudah memuaskan semua pihak? Jangan lupa Klik Share dan Like!

Sumber: Sinar harian

Continue Reading

Trending