Connect with us

#pop

Kerajaan Habiskan Hampir RM3.5 Juta Sebulan Tanggung Makanan PATI

ISU pendatang asing tanpa izin (PATI) berlarutan sejak sekian lama. Ketika negara yang kini sedang dalam fasa pemulihan perang asimetri COVID-19, isu PATI terus mendapat perhatian masyarakat. Rakyat sudah tentu masih mengingati isu berhubung kluster PATI yang menimbulkan ancaman pada masyarakat setempat.

Puak PATI ini secara tidak malunya mengambil kesempatan terhadap Malaysia dengan cubaan untuk meloloskan diri masuk ke sempadan negara. Apabila rakyat Malaysia mengetahui akan hal ini, pelbagai reaksi dapat kita saksikan. Ada yang membantah, ada yang menyokong, malah paling teruk ada yang menjadi sindiket.

Tahukah kalian, bahawa peristiwa sebegini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada Malaysia?

Hampi RM3.5 juta sebulan telah dibelanjakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menampung k0s makanan PATI yang telah ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negeri.

Datuk Khairul Dzaimee Daud selaku Ketua Pengarah Imigresen berkata bahawa RM12 sehari adalah purata kos makanan yang ditanggung kerajaaan untuk seorang. Majoriti puak mereka berada di depot dalam waktu sebulan hingga dua bulan sebelum dihantar balik ke negara asal.

“Kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan itu bagi memastikan hak asasi pend@tang tanpa izin terpelihara dan perkara itu turut dilaksanakan di semua depot Imigresen di luar negara.”

“Pengurangan k0s makanan dapat diatasi sekiranya pr0ses d0kumen perjalanan yang disediakan pihak kedutaan berkaitan dapat dilaksanakan dengan cepat,”

“Beli@u berkata jabatan itu menjalinkan kerjasama dengan pihak kedutaan untuk mempercepatkan proses mengeluarkan dokumen perjalanan untuk pend@tang tanpa izin itu dihantar pulang dan perkara ini dapat mengurangkan bilangan penghuni di depot,” katanya kepada Bernama di Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri(KDN).

Tambahannya lagi, 9,654 orang PATI telah ditahan di 14 dep0t pada 18 Jun 2020 dan 7,650 daripadanya adalah lelaki, 1,664 daripadanya adalah wanita manakala jumlah lebihan adalah kanak-kanak.

Datuk Dzaimee mengatakan bahawa Indonesia adalah rakyat tertinggi sebagai tahanan PATI iaitu seramai 3,767 orang. Myanmar seramai (2,105) orang, Bangladesh 1,594 orang, India 525 orang, Vietnam (294) orang, Pakistan (263) orang, Thailand (226) orang, Filipina (222) orang, Nepal (193) orang, Nigeria (150) orang dan (315)orang bagi lain-lain warganegara.

Beliau menambah, bahawa 8,277 0perasi telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen semenjak awal tahun 2020 sehingga Selasa lepas. Jumlah warga asing yang diperiksa keseluruhannya mencecah lebih 100,000 orang. (103,224 orang)

“Empat depot iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Lenggeng, Negeri Sembilan dan Juru, Pulau Pinang mengalami lebihan tahanan PATI berbanding kapasiti depot yang direkodkan sehingga 18 Jun lalu.”

“Kami cuba mempercepatkan proses untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing serta memindahkan mereka ke depot yang berdekatan bagi mengelak kesesakan,” kata Datuk Khairul Dzaimee Daus.

Apa yang berlaku ini membebankan kerajaan dan negara kita jika puak PATI ini masuk ke sempadan Malaysia. Negara terpaksa mengeluarkan wang negara untuk menampung makan minum mereka.

Kita harus berbangga dan bersyukur dengan kemampuan agensi serta agensi penguatkuasaan yang bekerjasama dalam mengambil langkah pengawalan berkesan yang tepat pada masanya hingga akhirnya penularan kluster PATI COVID-19 dapat dibendung daripada menimbulkan ancaman pada rakyat tempatan. Rakyat juga menjadi ‘perisik awam’ dan bersama-sama membantu membanteras PATI.

Keselamatan dan kepentingan rakyat harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan yang diambil oleh kerajaan khususnya isu PATI kerana dalam fasa pemulihan perang asimetri COVID-19, segala keputusan adalah penting bagi memberikan manfaat pada negara dan rakyat secara keseluruhan.

Apa kata anda? Wajarkah kerajaan kita melakukan perkara sebegini?

Apa-apa pun kita doakan supaya pihak berwajib dapat menjalankan tugas mereka untuk membendung kemasukan lebih ramai lagi PATI di negara ini. Insyaallah…

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya