Connect with us

#news

Kes Baru Positif C0vid 19 Baru Berusia 6 Dan 2 Tahun. Ini Kenyataan Terkini KKM

Baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan penambahan kes baharu sebanyak 6 di Kluster Tawar dimana 5 daripadanya adalah generasi ke-2.

Informasi berkenaan Kluster Tawar hari ini membabitkan 5 kes di Kedah dan 1 kes di Pulau Pinang.

Hal ini menyebabkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 untuk kluster ini sahaja mencecah 39 kes.

Seramai 899 orang telah diuji saring dalam Kluster ini sekitar tanggal 16 Ogos 2020 jam 12 tengah hari. Berikut adalah kategori saringan mengikut negeri yang terlibat:

Kedah (727 disaring):

35 kes telah dikesan positif C0vid-196
43 individu disahkan negatif
49 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (164 disaring):

4 kes telah dikesan positif C0vid-19
155 individu disahkan negatif
5 individu masih menunggu keputusan.

Perak (8 disaring):

Tiada kes telah dikesan positif C0vid-19
5 individu disahkan negatif
3 individu masih menunggu keputusan.

Kes secara aktif dikesan dan uji saringan kontak rapat masih lagi dijalankan bagi kluster ini dan perkembangan akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Dahulu, 12 kes telah tercatat bagi kluster ini. Tambahan, 2 kluster turut dimuatnaik pada semalam iaitu Kluster Muda dan Sala tidak dilaporkan berlaku sebarang kes baharu setakat ini.

Sumber : SK/KKM

Continue Reading

Trending