Connect with us

#news

Kes melibatkan pelajar tahfiz semakin meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kës membabitkan pelajar tahfiz semakin meningkat apabila bilangan p0sitif C0VID-19 kini seramai 250 berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini, pihaknya sudah mengesan seramai 9,842 pelajar tahfiz dari lebih 304 madrasah tahfiz di seluruh negara.

Ketika ini ujian dilaksanakan terhadap mereka yang masih berada di madrasah atau sekolah masing-masing.

“Kita percaya ada kemungkinan pelajar tahfiz mendapat jangkitan daripada jemaah tabligh. kës pelajar tahfiz semakin meningkat dan kita jalankan saringan terhadap pelajar tahfiz.

“Seramai 2,697 pelajar sudah kita saring dan daripada itu 250 atau 9.3 peratus didapati positif,” katanya pada sidang media harian C0VID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mungkin mengambil masa antara satu atau dua minggu untuk mengesan dan menjalankan ujian saringan terhadap mereka.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, daripada 28 kluster yang dikenal pasti sebelum ini, ada yang sudah ditamatkan kerana sudah melebihi tempoh pengeraman 14 hari.

“Kluster itu sudah khatam. Apa yang penting ialah kluster lain. Ada yang masih aktif satu kës atau dua kes, jadi kita kena pantau untuk tempoh lebih 14 hari,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ada pertambahan tiga kës p0sitif di kawasan flat PKNS di Kampung Baru menjadikan jumlah keseluruhan hari ini 30 manakala kluster di Sendayan, mencatatkan peningkatan sebanyak 26 kës menjadi 66 kës positif.

Ada satu pertambahan kës di madrasah di Sungai Lui menjadikan jumlah p0sitif 129 yang mana 127 daripadanya adalah pelajar tahfiz dan kluster Itali di Sarawak mencatatkan satu pertambahan kës menjadi 53 kës manakala kluster persidangan gereja di Sarawak mencatatkan pertambahan lima kës p0sitif menjadi jumlah keseluruhan 123 kes.

“Kluster Masjid Seri Petaling ketika ini ada sebanyak 1,939 kës p0sitif daripada 25,405 sampel yang diambil manakala seramai 27,330 jemaah tabligh sudah diperiksa.

“Seramai 767 daripada yang p0sitif adalah kës indeks manakala tujuh yang p0sitif adalah daripada generasi kelima,” katanya.

Sebanyak 11 kës p0sitif baharu dilaporkan di Bandar Baharu Ibrahim Majid yang kini bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjadikan jumlah keseluruhan 183 dan di kawasan bukan Sungai Lui, sebanyak tiga kës p0sitif baharu dicatatkan menjadi jumlah keseluruhan adalah 312 kes.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya