Connect with us

#pop

“Kesian keluarga tu naik kereta burvk saja.” – Wanita Terkesima Nampak Keluarga Itu Beli Barang. Dia Pun Tak Mampu!

Dalam kehidupan, yang hidup mewah tak semestinya berduit dan yang hidup sederhana tak semestinya tak berduit. Bak kata orang putih “Don’t judge a book by its cover”. Setiap manusia mempunyai pelbagai cara hidup yang unik. Mungkin individu itu berpakaian selekeh tetapi hidup tidak berpaksikan hutang manakala yang berpakaian mewah mungkin hidupnya dikelilingi hutang.

Individu ini kongsikan cerita yang boleh memberi pengajaran, dan patut menjadi contoh untuk pembaca diluar sana. Kisah ini telah dimuat naik dilaman media sosial suatu masa dulu.

BACA KISAH INI

Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul betul memberi pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya. Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami.

Kereta itu memang burvk sangat, sampai saya cakap pada suami, “Kesian keluarga tu naik kereta burvk saja.” Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka. Tuhan betul betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain.

Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita. Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini. Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang, habis saya dim4ki dan dikatakan memb4zir.

Kemudian bila nak buat pembayan di kaunter, sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga. Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus, minyak masak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.

Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat. Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit. Disini saya rasakan tidak semestinya seseorang yang burvk diluar juga burvk di dalam. Jangan terlalu merendahkan seseorang dengan apa yang mereka pakai.

Sewaktu kisah ini dikongsikan ke laman sosial, pengguna alam maya tidak terlepas untuk meninggalkan komen. Antaranya:

Wat Eva – Biasala EG0. Hujung hujung kereta hut4ng. Bekerja untuk bayar kereta. Cuba kreatif sikit. Bekerja untuk pergi melancong ke jalan jalan or shoping shoping ke makan makan ke dengan family. Kan lebih bahagia?

Wajihudin Johari – Kesian kt orang tu pkai kereta “burvk”?? Ayat ni je dh nampak per4ngai ko macam mana la pompuan oii. kalau laki kau tak pkai honda city tak ada kau nak kt die. dh mcm tu lg mau salahkan laki. jenis xreti bersyukur la tu.

Amy Hani – Orang yang pakai kereta so called burvk tuh lah yang banyak duit berkepuk kepuk tahu? belanja barang dapur 600 sebulan steady je. dah beli kereta burvk tuh cash, tak payah fikir beban hut4ng, duit banyak berkepuk kepuk.

Nur Fatin – Setengah darinya p beli belah pkai keta lma tpi kalau jln jauh bru guna keta yang lebih selesa. orang yang dh ada2 ni p jln2 bandar dekat2 tk kisah sgt pkai keta kecil atau burvk2 jimat sikit ruang n kos. biasala tu.

Mira Edora – Sebab tu. dengan anak anak isteri. jgn kedekvt. kalau kedekvt allah akan semp1tkan rezeki. kamu wahai lelaki yang brnama suami.

Amira Syahida – Xsemestinye kereta burvk tu m1skin. knp mentaliti kita mcm tu..ade jutawan relax je naik kapcai. kot2 g beli brg dpur naik saga je. kt umah ade sebijik vellfire.

Mohd Safwan – Pakai kereta mahal2 ,hulur dkat bank byar kereta 1k. hulur dkat mak bapak,50 pn mengvngkit. makan ala2 artis. gaji 5k kata dk ckp lg. kos sara hidup tnggi katanya. p blahh ahhh.

Syafi darwish – lain orang lain rezekinya. mungkin yang kereta proton tu ade kereta mewah dirumah siapa tahu. betul kau berutang beli kereta. tp kau dh ade kemudahan untuk perjalanan jauh yang lebih selesa.aku pakai kancil beli cash nak ke kedah kn naik bas gak. kereta pun selalu meragam. Ape yang penting kn bersyukur rezeki yang ade insyaallah cukup. jgn sekali compare dengan orang lain..

Aiden Hamir – Kalau nak beli kereta mahal perlu bijak. Ikat 5 tahun kebawah je. cepat settle. Kalau tak tak payah. pakai apo yang hado. sebab kalau bayaran 1300 sebulan. Kalau kumpul setahun mcm2 leh beli dan leh settle. Kalau betul2 job dah steady takde masalah nak pakai kete apa pon.

Pengajaran dalam kisah dikongsikan ini, janganlah kita membebankan diri kita semata-mata untuk kehidupan yang mewah. Hidup bersederhana lebih baik sepertimana petikan ayat Al-Quran ini:

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al- Furqan: 67)

Sumber: soyalemon

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya