Connect with us

#news

Keuntungan Astro Merosot Teruk Berpunca Daripada Penurunan Jumlah Langganan

Pendapatan kumpulan itu turut terjejas akibat kerugian pertukaran mata wang asing, meskipun kos perbelanjaan mereka menurun hasil penjimatan kos kandungan.

Disebabkan oleh kemerosotan keuntungan ini, pelabur saham Astro turut mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak 1.42 sen per syer berbanding 3.38 sen per syer dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Pada suku pertama tahun kewangan Astro pada 2021, pendapatan tahun semasa ke semasa juga merekodkan penurunan sebanyak 14.7% kepada RM1.05 bilion manakala suku pertama tahun kewangan 2020 pula merekodkan RM1.23 bilion.

Apabila dipecahkan dengan lebih teliti berkenaan pendapatan Astro berdasarkan segmen, jelas sekali pendapatan tahun ke tahun Astro mengalami penurunan sebanyak 15.7% kepada RM920.4 juta. Puncanya difahamkan kerana penurunan jumlah langganan dan pendapatan iklan.

Berpindah pula kepada segmen radio, pendapatan tahun ke tahun juga turun sebanyak 37.5% kepada RM37.2 juta. Puncanya adalah pandemik yang berleluasa iaitu COVID-19 dan banyak syarikat turut mengurangkan bajet pemasaran dan promosi.

Namun, berita gembira buat pihak Astro adalah rancangan segmen pembelian dari rumah atau ‘GoShop‘ meningkat sebanyak 14.2% kepada RM95.3 juta, dipercayai jumlah tontonan meningkat sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Hari Raya Aidilfitri.

Henry Tan, Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro mengatakan Astro tidak terkecuali terima kesan Covid-19 disebabkan penurunan perbelanjaan iklan dan kesulitan dalam menjual, memasang pakej langganan baru sewaktu PKP.

Beliau juga menambah, Astro memperkenalkan pakej langganan yang lebih efisien dengan kaedah pembayaran yang lebih mudah.

“Pada masa sukar ini, kami tidak membenarkan pelanggan untuk membatalkan langganan buat sementara waktu. Sebaliknya kami menawarkan pelan pembayaran ansuran kepada pelanggan yang layak untuk meringankan beban kewangan mereka,” kata Henry.

Sebagai ganti kepada pembatalan aksi sukan akibat waabak C0VID-19 baru-baru ini, Astro turut memberi semua pelanggan Sports Pack tontonan semua saluran secara ikhlas.

Bukan itu sahaja, pelanggan Sports Pack juga diberikan rebat sebanyak RM40 untuk sekali-guna. Ia adalah usaha pihak Astro untuk mengekalkan amaun langganan mereka.

Sebelum ini Astro mengesahkan kepada Semuanya BOLA tiada rebat akan diberikan kepada pelanggan Sports Pack susulan pembatalan banyak aksi sukan secara langsung kerana waabak C0VID-19.

Sumber : Rencah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya