Connect with us

#pop

“KFC ke ni kakak? Adik tak pernah mari KFC” – Tak Mampu Beli KFC, Adik Zahirah Teruja Tunggu Depan Kaunter Sampai Pesanan Siap

Kentucky Fried Chicken (KFC) merupakan restoran yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak atas sebab keenakan ayam gorengnya sehingga motto restoran adalah “lazat menjilat jari”. Kunjungan ke KFC mungkin sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang yang berkemampuan.

Pertama kali Zahirah ke KFC

Baru-baru ini, telah tvlar dimana seorang anak kecil perempuan bernama Zahirah telah direalisasikan impiannya untuk makan di KFC. Zahirah jarang dapat makan di KFC akibat dari masalah kewangan.

Hal ini dikongsikan oleh Raja Shamri menerusi akaun laman sosial Facebook 3rdforce iaitu Niksabiha, yang merupakan seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut kisah Raja Shamri, Niksabiha kongsikan kisah dimana beliau membawa Zahirah ke restoran KFC buat pertama kali.

KFC ke ni kakak

“Lepas selesai urusan Adam di klinik, sempat singgah KFC kejap. Niat di hati nak belanja mereka berdua KFC. Mungkin sudah lama tidak menjamu KFC kerana kekangan kewangan.

“Abang Adam stay dekat kereta sebab kurang sihat. Jadi Adik Zahirah je yang turun sama”.

“KFC ko ni kakak? Adik tak pernah mari KFC. Sama juga seperti 7E, adik Zahirah tidak pernah menjejakkan kaki ke KFC. Bila masuk ke dalam KFC, kami disapa oleh pekerja KFC”.

Kak nak beli

“Eh, ni Zahirah ya. wah harini boleh tengok live la. Biasanya tengok dalam fb je. Comelnya dia”.

“Wah famous jugak adik Zahirah ni yee. Macam biasalah dia, tidak lokek dengan senyuman. Pekerja KFC tu cakap dia pun merupakan follower page Abang Raja dan 3rd Force”.

“Kak nak beli” kata Zahirah.

KFC adalah makanan istimewa baginya

“Harini pengalaman pertama adik Zahirah di KFC. Beratur dan order sendiri. Berdiri pun sama tinggi dengan kaunter. Kecik sangat tuannya”.

“Jika nak dibandingkan dengan anak anak kita yang seusia mereka, pasti sudah bosan dengan KFC. Sudah terlalu biasa. Tapi tidak buat Adik Zahirah dan Adam”.

“Kerana kekangan kawangan, makanan seperti KFC adalah luar biasa, bukan sesuatu yang boleh dapat selalu”.

Mereka tidak pernah meminta

“Mereka tidak pernah meminta. Cuma sekali sekala terasa nak bawa anak anak seperti mereka merasai nikmat yang kita semua rasa. Doakan mereka, doakan kami semua ya”.

Lepas selesai urusan Adam di klinik, sempat singgah KFC kejap. Niat di hati nak belanja mereka berdua KFC. Mungkin sudah…

Gepostet von Raja Shamri am Freitag, 17. Juli 2020

Moga Tuhan Maha Pemurah memurahkan rezeki adik Zahirah dan berjaya pada masa hadapan. Harap kisah dapat menjadikan inspirasi untuk pembaca diluar sana.

Sumber: YOYnetwork

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya