Sampai Menangis Akak Pekak Dan Bisu Sebab Tidak Dilayan Staff KFC Semasa Ingin Buat Pesanan Di Drive Thru

Seorang wanita pekak dan bisu meluahkan rasa sedih dan kesal atas layanan staff KFC terhadapnya di lorong Drive Thru menerusi video aplikasi tiktok.

Menurutnya,  sebelum ini beliau pernah menggunakan drive thru untuk membeli makanan di KFC. Semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah.

Kemudian  pada hari berikutnya, beliau turut menggunakan cara yang sama untuk membeli KFC iaitu menggunakan drive thru. Beliau tidak menggunakan screen  untuk bercakap dengan operator (disebabkan pekak dan bisu).  Beliau terus memandu ke kaunter drive thru menunjukkan gambar menu yang dinginkan (dengan menggunakan telefon bimbit)  kepada operator. Cara ini digunakan kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengannya.

Namun, staff menyuruhnya masuk ke kedai untuk membeli di kaunter. Walaupun wanita itu menunjukkan makanan yang diinginkan staff KFC tetap menyuruhnya masuk ke kedai dan membeli di kaunter KFC.

Dia berasa sedih dan kesal dan terus berlalu pergi. Wanita tersebut berharap kemudahan perkhidmatan layan diri perlu juga menitikberatkan golongan OKU seperti mereka.

Individu pekak & bisu seharusnya dapat hak yang sama

Menurut seorang netizen, di luar negara perkhidmatan drive thru ada menyediakan butang di screen tempahan untuk pelanggan OKU. Jadi mereka tidak perlu bercakap dengan operator. Sepatutnya pada hari ini, restoran terkenal seperti KFC perlu meningkatkan taraf perkhidmatan dengan lebih baik setaraf dengan peningkatan keuntungan mereka.

Wanita berkenaan juga dilihat sebak ketika menceritakan kejadian tersebut dan videonya juga telah dikongsikan di media sosial yang lain seperti Twltter sehingga mendapat perhatian ramai.

Semua orang patut dapat layanan yang sama

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyokong wanita OKU itu dan setuju dengan saranannya supaya pihak restoran menaiktarafkan kemudahan buat golongan seperti mereka.

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Memang ramai yang lalui pengalaman sama

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Staf kena belajat bahasa isyarat basic

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Dah sampai masanya ada perubahan dalam sistem

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Malaysia memang masih kurang alert dengan OKU

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Pihak restoran dah beri respon

Walau bagaimanapun, pihak restoran makanan segera itu telah memohon maaf diatas insiden yang terjadi kepada @aira_meor. Pihak mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk perkara tersebut.

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

Video:

@aira_meorSy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. ##kfc ##tiktokmalaysia ##bahasaisyaratmalaysia ##fyp ##deafawarness♬ Sadness – Official Sound Studio

Pengguna TlkT0k itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada warganet diatas sokongan dan berharap agar bahasa isyarat diajar di sekolah pada masa hadapan.

Sumber : ohmymedia

 

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.