Connect with us

#pop

Kisah Benar: Isteri kerja kerajaan, suami penagih.

Bila suami masuk lokap, keluarga belah lelaki suruh si isteri jaminkan. Perkara yang sama berlaku dan ianya berulang seperti satu kitaran. Bila diminta cerai oleh si isteri, tak dibenarkan oleh keluarga lelaki. Sebab tiada siapa nak tanggung anak mereka. Ibu bapa, adik-beradik belah lelaki semua 2×5 dalam kes ni..

Ramai yang tidak tahu dan terpedaya dengan perkahwinan dimana suami bermasalah agar si isteri boleh mengambil alih tanggunjawab menjaga lelaki tersebut. Ada yang hom0s3ksual, ada yang penagih, ada yang kaki hutang merata.

Ramai juga isteri-isteri begini yang tergolong dalam golongan professional. Tanpa ketahui apa sebab.

Ramai pekerja wanita yang berhutang luar dari kemampuan mereka atas sebab suami yang tidak bertanggungjawab. Semua hutang yang ada atas nama isteri, bukan nama suami.

Konklusinya, kaum hawa janganlah happy sangat kalau keluarga belah lelaki datang bawa rombongan nak meminang. Maaf jika bahasa agak kasar. Kaum wanita dengan keluarganya perlulah tegas.

Tak rugi pun tolak pinangan dari akhirnya menyesal dalam kehidupan seterus. Yang pandai sembang, nampak gah sebenarnya tulah yang bahaya dan tak boleh dipercayai.

Tradisi arab pernah berpesan, andai lelaki pilihan tu rajin solat siang malam, rajin puasa sunat TAPI kedekut dengan keluarganya sendiri, bukanlah pilihan suami yang elok.

Culas nafkah bukan perkara remeh ya. Bukan nak kata kita ni meminta sangat, tapi cukup sekadar lelaki tu bersungguh kerja. Rezeki milik Allah. Kalau dah kerja pun malas, hutang pun letak nama isteri, pisyang lah jawabnya.

Biasanya mahar bukan sahaja perkara yang dibincangkan di belah perempuan, tapi latar belakang dengan risiko tanggungan perlu dilakukan juga. Jangan kamu rasa tersinggung kalau mertua check PTPTN CCRIS CTOS.

Tu semua basic bagi seorang lelaki untuk mengetahui kemampuan bayar nafkah.

Bila dengar gitu, para lelaki mulalah kata, zina berleluasa sebab nak kahwin pun susah. Kebanyakkannya yang cakap macam tu jenis “habis madu sepah dibuang.”

Nak sedap tapi taknak tanggung, taknak bayar nafkah, taknak bertanggungjawab. Bila dah kahwin kena kerja, kalau tak kahwin pun kena kerja. Yelah nafkah untuk diri kita pun kena ada juga kan.

sumber: FB ياسمين حناني محمد سفيان

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya