“Ayahkan Baik, Sebab Tu Tuhan Sayang. Ayah Pergi, Tuhan Dah Jaga Dia. Takkan Balik Lagi.”

Tenang dan sesekali tersenyum namun di hati siapa yang tahu. Pemergian suami tersayang dalam satu kejadian lema$ baru-baru ini pastinya meninggalkan impak bukan sahaja kepada dirinya bahkan keluarga. Malah seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kesedihan tersebut.

Adnan Othman, 33 merupakan salah seorang dari 6 anggota bomba yang meninggal dunia akibat lema$ sewaktu mengikuti operasi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong 3 Oktober lalu.

Norshamiza Salleh, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Miza berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi selepas dihubungi rakan setugas 4llahyarham.

“Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi dan beritahu ada operasi di Cyberjaya. Waktu itu, saya macam biasa je tak ada sebarang perubahan.

“Cuma lepas jam 10 malam arw@h belum pulang, saya mula rasa bedebar-debar. Kemudian, saya bawa anak-anak siap untuk tidur. Waktu itu, saya terdetik nak ambil telefon yang tengah charge. Kemudian, masuk panggilan dari kawan suami, Syazwan yang bertanyakan tentang arw@h.

“Saya cakap dia belum pulang. Kemudian Syazwan beritahu ada masalah ketika operasi tersebut dan meminta saya bersabar banyak-banyak. Tetapi jangan fikir yang bukan-bukan lagi katanya.

Sebagai isteri mula rasa tidak sedap hati, menggigil badan dan tak tahu kat mana nak cari info. Jadi saya google di Facebook tentang lema$ di Cyberjaya dan nampak video yang orang muat naik.

“Disebabkan tak puas hati saya mula bersiap dan kebetulan jiran bernama Wak yang juga baik dengan arw@h datang untuk bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu, saya hubungi Balai Bomba Shah Alam dan mereka beritahu ada kes lema$ melibatkan dua anggota dan mereka sebut nama arw@h.

Kemudian minta Wak bawa saya ke balai bomba dan waktu itu saya hanya sempat bawa botol susu anak dan air sebotol.

“Kemudian, kakak ipar telefon dan waktu itu saya dah mula cuak. Ini beritanya ke?. Tetapi kakak ipar bertanyakan arw@h kerja bila esok sebab ayah kena pergi hospital untuk pemeriksaan.

Jadi, tak ada lagi berita buruk dan saya terus ke balai. Selepas itu, Syazwan telefon sekali minta saya ke hospital Serdang. Ketika itu saya tak fikir akan berlaku tragedi dan ingat kemalangan biasa.

“Nampak sahaja hospital tersebut, telefon berdering lagi dan Syazwan meminta saya terus ke bilik mayyat. Waktu itu saya hairan, kenapa nak kena pergi bilik mayyat, dalam masa yang sama saya dah mula rasa arw@h dan tinggalkan kami.

Waktu itu, abang arw@h ada hubungi saya dan beritahu hal tersebut. Jadi saya maklumkan dia. Minta dia beritahu hal tersebut kepada mak ayah arw@h.

“Kemudian, saya hubungi ibu saya dan beritahu arw@h macam dah tak ada dan ibu pun terus datang ke hospital. Sampai di bilik mayyat, saya diminta buat pengecaman dan saya dan ibu mentua pergi kerana hanya dua orang dibenarkan masuk waktu itu.

Ketika nak masuk, anak sulung menangis sebab nak tengok ayahnya. Jadi mak saya pujuk lalu saya masuk dengan ibu mentua.

“Lepas buka kain penutup tu ibu mentua dah lemah dah dan saya terus cakap ini suami saya Adnan Othman.,”cerita Miza lagi yang cukup tenang dan menerima pemergian arw@h suami dengan reda.

Norshamiza menerima kunjungan Ketua Pengarah Selangor Tuan Azmi Osman di rumah mentuanya semalam.

Ketua Pengarah Selangor, Tuan Azmi Osman menyerahkan sumbangan kepada Norshamiza dalam sesi lawatannya ke rumah arw@h Adnan semalam.

4llahyarham Adnan meninggalkan dua anak perempuan iaitu Aisyah Damia, 5, dan Alia Maisarah, 2.

Usai selesai bedah siasat, Miza mengejutkan anak sulungnya yang sedang tidur untuk membawanya melihat ayahnya buat kali terakhir.

“Waktu itu Mia tengok dan cium ayahnya lalu tanya kenapa dengan kepala ayah sebab ada kesan pembedahan. Saya cakap kan ayah sakit jadi doktor ubatkan kepala ayah lah tu. Mia cakap mesti rambut ayah cepat tumbuh lepas ni kan ibu. Itulah ayat Mia.

“Kemudian saya beritahu Mia lagi, ayahnya terus tidur dan takkan bangun lagi. Ayah dah pergi dekat 4llah, dan waktu jumpa ayahnya memang saya dah terangkan pada Mia. Ayah kan orang yang baik, 4llah jaga dan sayang dan ayat itulah yang saya ulang-ulang pada Mia.

Arw@h Adnan yang cukup disenangi keluarga dan rakan-rakan kerana sikapnya yang peramah dan baik orangnya

“Tetapi waktu melihat wajah ayahnya kali terakhir sebelum dikapankan, Mia bergenang air mata. Selepas salam dan cium ayahnya dan imam nak tutup wajah arw@h Mia mula meraung kenapa ayah macam tu dan dia nak ayahnya,” ujar Miza yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.

Ahli Perisma Selangor turut mengiringi Tuan Azmi Osman ke rumah keluarga arw@h Adnan Othman semalam. Ahli Perisma Selangor yang hadir memberi sumbangan serta sokongan moral kepada Norshamiza.

Tuan Azmi ketika memberikan kata-kata semangat buat ayah arw@h Adnan.
Mengakui rutin harian tetap berjalan seperti biasa, cuma selepas ini tiada lagi insan tersayang bernama suami dan ayah yang menemani mereka anak -beranak.

“Rutin seperti biasa cuma lepas ini adik lelaki akan menemani dan duduk bersama kami. Sebelum ‘pemergian’ arw@h memang tiada sebarang petanda cuma dia selalu sebut penat kerja dan nak mohon SPA.

“Kebetulan arw@h baru sahaja dapat ijazah baru-baru in. Malah, kami berdua sempat keluar berdua tengok wayang bersama. Itulah ayat yang arw@h muat naik dalam facebooknya dengan gambar throwback 2013.

“Status arw@h pun syahdu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan arw@h bukan jenis yang romantik, tetapi ayatnya memang syahdu. Saya pun perasan statusnya dengan ayat

“apapun pilihan kita .. mat1. Dia ada memuat naik ayat sama di status WhatsApp. Jadi saya komen, cakap bukan main ayat sekarang. Namun arw@h yang ketawa dan kongsikan video Mia yang dia ambil sebelum ini.

Siapa sangka, arw@h pergi kerja macam biasa namun malamnya dia dah takde. Menurut Miza lagi, arw@h sejak kebelakangan ini tak banyak cakap berbanding sebelum ini. Dia banyak memerhati dari bercakap. Dengan anak-anak pun sama.

“Pagi terakhir sebelum arw@h ke tempat kerja biasanya kami akan keluar bersama cuma berpisah ikut ke tempat kerja masing-masing. Tetapi pagi tu, yang bongsu merengek dan arw@h cakap sudah pukul 7 lebih.

Kenangan bersama arw@h

“Jadi saya minta dia pergi kerja dulu. Lepas bersalaman dan cium tangan macam biasa, arw@h pun keluar dan cakap pergi dulu manakala saya uruskan anak-anak. Memang tiada sebarang perubahan apa-apa waktu itu. Tak sangka pagi dia pergi kerja macam biasa tetapi malamnya dia dah takde.

“Setakat ini anak-anak macam biasa perasan sebab leka bermain. Cuma saya selalu ingatkan dia, “Mia ayah mana’. Dia cakap ayah dah tak de, meninggal.

Adiknya masih kecil belum mengerti apa-apa. Cuma dia selalu tunjuk gambar dan sebut ‘yah yah’,” ujar Miza lagi sebelum menutup perbualan dengan penulis.

Sumber dari Keluarga Online