“Banyak kumpulan g4ngster mahu ‘berpayung’ di bawah kehebatan Mat Zin Korea”-Perjalanan Kisah Hidup Orang Paling Gedebe di Kelantan Mencari Redha Allah

SEBAIK laporan mengenai perjalanan hidup Allahyarham Mat Zin Korea dikeluarkan kelmarin akhbar Sinar Harian mendapat pelbagai reaksi posif daripada ahli keluarga, pembaca malah beberapa sahabat karib beliau.

Ramai menyatakan laporan tersebut membuka mata mereka bahawa Allahyarham yang dikenali sebagai orang gedebe suatu masa dahulu pun boleh berubah ke arah kebaikan melalui semangat yang kuat selepas dijenk hidayah Allah.

Malah ramai terharu dengan kesungguhan Allahyarham Mat Zin Korea untuk menegakkan syiar Islam sehingga membawa dirinya ke beberapa negara di seluruh dunia dengan niat berdakwah.

Terdapat satu lagi perkongsian menarik tentang Mat Zin Korea daripada seorang sahabat yang merantau bersamasama arwah ke beberapa negara dalam dakwah mereka iaitu Ali Russia atau nama sebenarnya Ali Zaid, 52.

Penulis mengolah kembali catatan yang Ali Russia yang dahulunya juga seorang samseng dan artis yang berhijrah ke arah kebenaran menuju ALLAH.

“Alhamdulillah, hari ketiga di kampung, aku menerima panggilan daripada seseorang yang sangat aku hormati, seorang awalin atau seorang lelaki yang tergolong di dalam kumpulan beberapa orang yang terawal membuat usaha dakwah tabligh di Malaysia.

Bahkan dikhabarkan beliau perintis yang membuka jalan usaha Dakwah di Thailand, Burma, Laos, Indonesia dan negara Negara Asian lain di Nusantara.

Beliau ialah Mat Zin Korea yang menjemput aku ke madrasahnya.

“Assalamualaikum Ali, bila balik? Dah lama ‘ayah’ tak jumpa Ali, esok datang madrasah Ayah Zin deh, rindu lama tak jumpa.

“Ada beberapa perkara nak bincang pasal madrasah tahiz Ayah Zin ni.

“Waalaikumusalam Ayah Zin, Insya-ALLAH saya datang pagi esok,” jawabku ringkas tak dapat menolak ajakan.

“Banyak kumpulan g4ngster mahu ‘berpayung’ di bawah kehebatan Mat Zin Korea”-Perjalanan Kisah Hidup Orang Paling Gedebe di Kelantan Mencari Redha Allah

Aku bertolak ke Kota Bharu keesokannya, singgah di Mohalla Syuhada untuk solat Dhuhha, sunyi sepi Mohalla Syuhada tidak seper 15 tahun yang lepas ketika zaman remaja aku, ahli Suffah pun dah dekat 20 orang.

Sampai di Kota Bharu aku menelefon seorang sahabat bernama Rudy untuk bersama-sama menemaniku ke tempat Zin Korea di Binjai.

Bersama Syeikh Rudy kami ke Binjai…

Cerita dulu

SEBUT saja Mat Zin Korea, rata-rata samseng sekitar tahun 60-an dan 70-an pasti gerun.

Ramai kumpulan gengster yang mahu berpayung di bawah kehebatan Mat Zin Korea. Mat Zin mendapat ramai kawan yang seiring dan sejalan sehingga menyebabkan namanya terkenal ke
seluruh Malaysia, namun Mat Zin Korea belum puas dan masih mahu merantau ke pelbagai negara. Banyak kes pergaduhan diketuai sendiri Mat Zin. Kerjanya keka itu hanyalah memeras ugut tauke-tauke besar dan dia mula melebarkan pengaruhnya dalam kalangan kumpulan Gengster.

Menurut Hasnah, suaminya itu dilahirkan pada 15 Mac 1945 dan mendapat pendidikan awal di SK Mentuan sebelum menyambung persekolahannya ke peringkat menengah di Maktab Sultan Ismail (SIC) yang merupakan sekolah kluster kecemerlangan di Jalan Telipot.

“Mat Zin bagaimanapun hanya berhenti setakat tingkatan dua kerana mula terpengaruh dengan rakan sebaya dan terjebak dengan gejala samseng

“Banyak kumpulan g4ngster mahu ‘berpayung’ di bawah kehebatan Mat Zin Korea”-Perjalanan Kisah Hidup Orang Paling Gedebe di Kelantan Mencari Redha Allah

Arwah Mat Zin merantau ke beberapa negara untuk menuntut ilmu agama dan singgah di Thailand sebelum bertemu jodoh dengan dua wanita di sana

“Saban hari, Mat Zin mula menunjukkan ‘taringnya’ sehingga gedebenya itu bertaraf mafia antarabangsa. Namanya disebut-sebut bukan sahaja di negeri ini, malah digeruni di seluruh Pantai Timur dan Kuala Lumpur hingga ke Thailand serta Singapura,” katanya.

Wanita itu dalam nada lemah-lembut dan lancar berkata, karakter gedebe Mat Zin ini ialah pantang berlaku pertelingkahan, Allahyarham akan segera turun bersama puluhan anak buahnya.

“Seper biasa, mulalah akan berlaku pergaduhan ala-ala kongsi gelap, tidak sah jika tidak melibatkan insiden tetak menetak menggunakan senjata tajam seperti parang serta kapak.

“Membantu rakan lain untuk menang dalam pergaduhan menjadi perkara biasa baginya,” katanya.

Lebih ganas, apabila Mat Zin juga dikatakan turut memiliki senjata api dan melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang berseteru dengannya.

Semasa rumah Mat Zin diserbu polis, ada ahli keluarga yang membantu menyorokkan pistolnya sebelum dia hidup dalam buangan berikutan langkah pencegahan khas.

Hasnah dengan mata agak berkaca berkata, namun sikap bengis suaminya itu tiba-tiba hilang dari dunia samseng ketika namanya sedang melonjak naik dan tersohor

“Ketika dia menyepikan diri, ramai yang menyangkakan Mat Zin sudah mati dibunuh angkara dendam serta balasan daripada segala perbuatan gedebenya itu.

“Perubahannya itu bermula selepas saya meletakkan syarat jika ingin mengahwini saya pada tahun 1972,dia perlu meninggalkan semua perangai ‘gedebe’ itu.

“Banyak kumpulan g4ngster mahu ‘berpayung’ di bawah kehebatan Mat Zin Korea”-Perjalanan Kisah Hidup Orang Paling Gedebe di Kelantan Mencari Redha Allah

“Tolong orang tu memanglah baik, tapi ini tidak berfaedah kalau tolong orang bergaduh, bantu orang selesaikan masalah dengan bergaduh, hendak beradu kekuatan dan kehebatan masing-masing, buat apa?” soal wanita beraut wajah cantik bermata bulat itu.

Fasa kehidupan Mat Zin mula berubah apabila dia secara diam-diam mula mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga lebih banyak masa dihabiskan di masjid-masjid.

“Saya tidak rasa dia berubah sebab saya, sebaliknya ALLAH yang jentik hidayah di dalam hanya. Anak-anak buahnya yang selama ini mengikutinya memeras ugut tauke-tauke besar untuk mendapatkan wang dan menunjukkan kuasa sudah tidak dapat menjejakinya.

“Dahulu, semua peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh membayar wang perlindungan kepada Mat Zin. Jika ingkar mereka tidak boleh berniaga dengan tenang kerana akan diganggu oleh Mat Zin dan koncokonconya,” katanya

“Cahaya hidayah yang diterimanya semakin berkobar apabila Mat Zin sertai kumpulan tabligh dan pergi ke Makkah untuk menuntut ilmu agama. Selepas empat bulan di Mekah, Mat Zin kemudian berhijrah ke Iran, Madinah, India dan pelbagai negara lain.

Cerita sekarang
Kita sambung cerita aku pergi ke Madrasah Tahfiz Ayah Haji Zin Korea

MasyaALLAH, dari dalam kereta aku melihat sesusuk tubuh tinggi lampai dengan wajah yang amat tenang dan menyenangkan hati pada sesiapa saja yang memandangnya, melambai lambai.

Aku dan Rudy turun dari kereta dan kami berpelukan seperti anak merindui bapa dan seperti bapa yang sudah lama tidak bertemu anaknya.
Aku melihat sekitar madrasah tahfiz yang dibina Ayah Haji Mat Zin Korea, banyak yang belum siap dan tingkap tingkap serta daun pintunya masih belum di pasang.

Bisik hati aku, ”sememangnya dia memerlukan dana untuk menyiapkan madrasah tahfiz ini.”

Aku dijemput masuk duduk di karpet lusuh. Aku selalu mendengar dari ‘karkun karkun’ (pendakwah) lama yang ayah Mat Zin Korea ini sudah lebih 30 tahun berpuasa selang seli.

Kami dihidangkan dengan seteko teh dan sepiring kuih. Ayah Zin tenang menuangkan teh dan menjemput kami meminumnya.

Sedangkan, dia tidak pula minum.

“Ayah Zin tak minum ke?”

“Ayah Zin puasa, sekarang dah puasa hari-hari, dekat 10 tahun dan puasa hari hari,” jawabnya lembut.

Ya ALLAH!!!

Sifat seorang daie, walaupun puasa dia tetap hidangkan minuman dan makanan kepada kami.

Pesanan Ayah Zin

Setelah solat Zohor bersama dan berbincang beberapa perkara dengan Ayah Zin Korea, maka aku memohon mengundurkan diri, sebelum berpisah ayah Haji Zin Korea sempat menasihati kami dan berpesan.

Kata beliau lagi, ramai yang ada di Seri Petaling khususnya orang lama yang kamu lihat itu ana sendiri pernah doakan mereka secara khusus supaya Allah pilih mereka dan kini akhirnya Allah kabulkan maka kamu semua hormatilah orang-orang lama kerana berkat doa merekalah kita semua dipilih Allah untuk buat kerja mulia ini. Allahu: – Ali Russia, 3 Jun 2015.

Sumber: sinarharian