Bila doktor sahkan aku pregnant, laki pula posting di luar negeri. Hidup aku kian tak tentu arah, perit tak terkata.

Di zaman milenia ini, memang ada banyak kemudahan yang dapat memudahkan komunikasi. Ada keretapi laju, kapal terbang – tak risau nak berjumpa bila-bila masa. Boleh buat videocall, free call, mesej, live video, panggilan telefon, dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya, walau apa kecanggihan pun yang direka, hubungan jarak jauh tentunya memiliki cabaran tersendiri yang terpaksa dihadapi oleh pasangan.

***

Saya isteri yang berjauhan dengan suami dan sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 7 bulan. Suami saya baru je dapat tawaran penjawat awam dan sekarang sedang menjalani latihan.

Dah hmpir 3 bulan kami berjauhan Masalah saya faham lah bila berjauhan dengan suami tambahan tengah sarat mengandung perit tak terkata. Hampir setiap hari saya menangis. Saya mintak suami tangguhkan latihan dan pulang jaga saya.

Bukan nak mengada. Padahal di awal temuduga, checkup dia semua saya memang beri sokongan penuh.

Tapi dalam keadaan sekarang, saya perlukan suami disisi. Sementara berjauh dengan suami, saya tinggal dengan orang tua saya yang dah tak berapa sihat.

Masalah adik beradik yang hampir setiap hari bergaduh buatkan saya bertambah tertekan. Semua penat dan sakit saya tanggung sendiri sebwb tak nak bebankan mak dgn masalah dia dengan anak anak yang lain.

Allah duga lagi kesihatan saya hari ke hari semakin tak baik. Saya merayu kat suami untuk balik jaga saya. Kata suami sabarlah, semua ni untuk masa depan. Tapi berbaloikah masa depan , cita2 dan kesenangan yang dia kejar sekarang ni kalau saya menderita?

Pernah cuba nak luahkan pada family mentua tapi yang dapat hanyalah, “sabar lah, belajar berdikari”. Allah…tak cukup berdikari lagi kah saya. Saya pertaruhkan nyawa saya demi zuriat yang semua nantikan. Setahun kami tunggu anugerah ni.

Family mentua semua memang berharap sangat kehadiran cucu pertama ni. Tapi bila dia ada dalam kandungan ni, adilkah cuma saya yang menjaga? Hari2 saya mintak maaf dengan baby ni.

Saya sedar saya boleh bahayakan dia kalau saya berterusan macam ni. Tapi tak ada bahu untuk bersandar, tak ada tangan untuk pimpin dan kuatkan.. Menagis ja yang mampu saya lakukan. Setiap hari saya tertekan.

Sekarang setiap minggu perlu ke hosp/klinik atas malasah kesihatan. Saya betul2 perlukan kekuatan suami. Walaupun penat, sakit, perit, sedih setiap hari saya gagahkan diri pergi kerja jugak.

Disebabkan masalah kesihatan, saya berhabis duit beli segala bentuk makananan kesihatan untuk pastikan baby saya sihat.

Persediaan untuk bersalin dan barang2 baby semuanya saya uruskan sendiri. Salah ke saya minta suami pulang jagakan saya? Anugerah Allah yang kami sama2 nantikan kenapa cuma saya seorang yang jaga bila dh ada? Adil ke untuk saya?

Pernah saya bgtau suami, kesenangan dan masa depan yang dia kejarkan sekarang, belum tentu lagi ada dengan sempurna untuk saya dan anak ni. Suami tetap pilih untuk habiskan latihan. Bantu saya warga KRT. Tak tertanggung rasanya beban ni.