“Buatkan reban, bagi ayam suruh ternak tapi dia makan,” – Tak sangka, ini realiti perangai segelintir asnaf yang tak sedar diri.

Zakat ini peraturan dari Allah. Manusia bukan boleh suka suka bagi dan tak suka tak bagi.
Yang menerima pula kena ada otak fikir. Layakkah aku terima wang zakat ini.

Sistem zakat sekarang lagi bagus. Jika tak mampu bayar bil letrik pun pergi pusat zakat minta tolong bayarkan. Zakat untuk peniaga di beri alatan, umpama kenderaan sebuah lori. Ada juga yang dapat bantuan membayar rumah sewa, bagi kes kes tertentu pusat zakat bayar rm 300 dan bakinya di tanggung oleh orang yang dalam asnaf.

Golongon asnaf sentiasa diberikan bantuan didalam negara kita dan ianya adalah satu tanggungjawab agama bagi mereka yang berkemampuan untuk menolong golongan asnaf ini. Golongan asnaf adalah golongan yang layak untuk menerima bantuan daripada zakat.

Bantuan yang diberikan oleh lembaga zakat tidak hanya dalam bentuk kewangan sahaja, tetapi diberikan dalam bentuk barang yang dapat membantu mereka untuk meningkatkan taraf hidup .

Ibarat pepatah ada mengatakan, berikan kail itu lebih baik daripada memberikan ikan. Itulah yang cuba diterapkan ketika meberikan bantuan kepada asnaf.

Namun begitu,tidak semua golongan asnaf itu bersyukur dengan pemberian yang dapat meningkatkan kehidupan mereka. Terdapat segelintir asnaf ang boleh dikatakan juga tidak bersyukur dan pemalas untuk berusaha mengubah nasib hidup mereka.

Mereka lebih selesa untuk mengharapkan bantuan daripada orang lain daripada bersusah payah berusaha mengerah keringat demi mendapatkan wang bagi kegunaan mereka. Pelbagai bantuan telah diberikan, namun alasan sering diutamakan.

Sikap menjengkelkan sebilangan asnaf ini kadang kala amat mendukacitakan orang yang benar-benar mahu mereka berubah menjadi orang yang hidup senang.

Situasi ini dihadapi oleh saudara Faisal Rahim. Berikut kisah yang beliau hadapi semasa memberi bantuan kepada golongan asnaf. Semoga menjadi iktibar buat kita.

Aku nak kongsi beberapa kisah asnaf ringkas dan minta korang bagi cadangan macam mana lagi nak bantu orang yang sebegini?

Ada ramai orang jadi miskin sebab musibah dan tak ada peluang. Tetapi sebenarnya, ramai juga yang kekal miskin sebab sikap PEMALAS mereka (pada pendapat aku).

Bagi bantuan bot + enjin + peralatan nelayan harga RM20,000. Baru sebulan, semuanya dijual dengan harga tak sampai RM8,000. Selepas habis duit, datang lagi minta bantuan zakat.

Bagi modal buat kolam ikan + benih anak-anak ikan. Ikan hilang, katanya masuk dalam tanah.

Kumpulkan 4-5 asnaf untuk projek pertanian berkelompok. Kebun disediakan, latihan diberi, benih sayuran, baju, sprinkler air lengkap. Tinggal kerja saja, tetapi sayur semua mati. Sedangkan kat kebun sayur orang cina sebelah guna air parit saja, tapi subur-subur sayur mereka.

Pergi melawat rumah asnaf pukul 8.00 pagi. Satu keluarga, suami + isteri, anak dewasa lelaki tiga orang semua belum bangun tidur. Semua sihat dan tidak bekerja.

Buat reban ayam, bagi anak ayam, janji beli ayam bila dah besar. Katanya ayam hilang. Anaknya cakap, ayah sembelih makan.

Dicarikan kerja restoran, katanya penat. Kerja kilang, kena buang sebab ponteng. Kerja ikut kontraktor, curi barang. Tapi asyik minta zakat (muda + sihat).

Bagi bantuan tunai untuk anak sekolah kat program agihan. On the way balik, terserempak 2-3 orang asnaf beli nombor ekor.

Buatkan sebuah rumah tiga bilik, free. Dia sewakan dan duduk rumah nak roboh, atap bocor dan sebagainya. Katanya jauh dari tempat kerja (tak sampai 5 kilometer).

Dicarikan kerja, dia bagi alasan tak ada kenderaan. Bagi pinjam basikal, katanya penat mengayuh. Tak sampai 3 kilometer tempat kerja.

Masa buat siasatan, rumah macam tempat pembuangan sampah. Bau busuk. Buang sampah luar tingkap, sampah banyak di halaman rumah. Lalang, rumput tinggi tingkap. Nak tergelincir kat dapur sebab simen berlumut. Baju berlonggok dalam plastik sampah. Orang dewasa ada tiga orang.

Banyak lagi kisah sebegini sebenarnya. Memang tak boleh hentikan bantuan walau bagaimana sikap mereka. Kalau berhentikan memang mereka ugut nak viralkan dan sebagainya.

Mungkin anda ada idea kreatif untuk membantu? Ada 46,000 keluarga asnaf di Selangor (>300k asnaf).

Malulah sikit dengan Allah subhanahuwaatala, pantang free tapi kerja malas, hidup tak keruan, perjalanan hidup tidak ada matlamat. Hanya harap simpati dan tidak bertanggung jawab pada keluarga, orang begini hanya berpura-pura sahaja. Takkan maju sampai bila-bila.

Wallahualam.

Sumber : Faisal Rahim via Real Merah