“Dia ‘pergi’ waktu melahirkan bayi kembar.” – Luahan ini buatkan ramai sebak

“Terima kasih dan rehatlah sayang.”

Viral di twitter mengenai luahan seorang suami yang dikenali sebagai Alif Adam yang mencoretkan pengorbanan isterinya mempertaruhkan nyawa dia untuk memberikan zuriat kembar mereka walaupun doktor tak galakkan untuk mengandung.

Arwah isterinya meningal dunia 7 Oktober lalu. Melalui perkongsian Alif, dia cukup berterima kasih dengan pengorbanan besar isterinya yang sanggup memberikannya zuriat walaupun tahu risiko yang dihadapi.

Alif menyatakan arrwah isterinya sanggup mengorbankan hidup dia untuk menjadi isteri sempurna buatnya.

Melalui entri di twitternya juga, hanya Allah yang tahu perasaannya pada waktu ini.

Terima kasih untuk 1 tahun 10 bulan perkenalan kita. Terima kasih untuk 10 bulan jadi isteri yang terbaik untuk abang. Terima kasih sayang, awak dah bertahan sejauh ini. Terima kasih bagi abang merasa jadi seorang suami dan ayah. Abang halalkan segalanya, selamat pulang sayang.

Abang halalkan syurga abang untukmu sayang, tenanglah dalam tidur lenamu dan janji pulanglah bila sayang rasa rindu. Abang akan kuat dengan anak-anak.

Tiga hari sebelum kkematian isterinya, Alif ada menyatakan isterinya rebah selepas solat Maghrib dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan rapi (ICU) sehingga pergi meninggalkannya dan anak kembar.

Semoga Alif terus kuat dan tabah untuk membesarkan anak-anak. Berilah kasih sayang yang terbaik pada mereka.

Antara komen netizen

Leeya Marlia Ramli Sebelum bersalin, pasti setiap ibu dan isteri akan meminta maaf kpd ahli keluarga kerana nasib setiap ibu tidak diketahui ketika di labour room. Bayangkan, ketika sudah mendapat maaf dari semua org, lagi dari suami sendiri,sudah bertaubat dan memohon dosa diampun Allah,
Ya Allah bersih dari dosa selepas melahirkan zuriat. syahid buat isteri isteri yang meninggal ketika melahirkan anak anak. Bertuah mereka. innalillah.
Fuzeen Lok Al fatihah bkn sng seorg istri nk melahirkn zriat jdi suami klu nak bt hal psang lain tu ngat la prgorbanan bni ampa.. moga bayi ni membesar jdi ank yg berguna
Khairun Nisa Jaafar Innalillah wainna illaihi rojiun. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin. Salam takziah utk keluarga arwah. Besar pengorbanan arwah. Mati syahid. Syurga tempatmu. Damailah di sana.
Nurul Ain Kasih seorang ibu walaupun bakal kehilangan nyawa tapi demi anak sanggup berkorban apa saja.. Takziah pada keluarga
Sumber dari Majalah PaMa