Dijanjikan pekerjaan di KL, warga emas dari Ipoh ini akhirnya ditipu dan dir0mpak!

Pada 15 Februari yang lalu, seorang pengguna Facebook, Darshan Balakrishnan telah berkongsi pengalamannya bertemu dan membantu seorang warga emas yang dikatakan telah dijanjikan dengan pekerjaan di Kuala Lumpur namun rupa-rupanya dia ditipu dan dir0mpak!

Catatan Darshan itu telah menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji sikapnya yang baik hati itu.

Dijanjikan pekerjaan di KL, warga emas dari Ipoh ini akhirnya ditipu dan dir0mpak!

Menurut Darshan, ketika itu dia sedang beratur di mesin ATM untuk mengeluarkan duit yang mana ketika itu warga emas yang dikenali sebagai Mr.Ravi turut beratur di hadapannya. Mr.Ravi menoleh ke belakang dan meminta Darshan untuk membantunya menaipkan butiran pada mesin ATM kerana penglihatannya kabur.

Mr.Ravi telah meminta Darshan mengeluarkan wang berjumlah RM50 namun apa yang ada di dalam akaun itu hanyalah RM10 sahaja. Darshan memerhatikan Mr.Ravi yang kelihatan begitu letih lalu bertanyakan apakah yang dia perlukan.

Kata Mr.Ravi kepada Darshan, seseorang telah memasukkan duit ke dalam akaunnya dan dia memerlukan wang tersebut untuk pulang ke Ipoh.

Darshan mendapat tahu dari Mr.Ravi bahawa ada pihak yang telah menjanjikannya pekerjaan sebagai pengawal keselamatan namun rupa-rupanya dia telah ditipu dan wang tunai serta barang kepunyaannya dir0mpak oleh orang yang sama yang menawarkan pekerjaan itu kepadanya.

Dijanjikan pekerjaan di KL, warga emas dari Ipoh ini akhirnya ditipu dan dir0mpak!

Menurut Darshan lagi, sejak kejadian itu sudah 3 hari Mr.Ravi cuba mencari jalan untuk pulang ke Ipoh, namun tidak berhasil.

Mendengarkan kenyataan yang sungguh menyayat hati itu, Darshan bertindak membelikan Mr.Ravi air minuman, memberikan sejumlah wang tunai serta membelikan tiket LRT untuk Mr.Ravi ke Pasar Seni dan kemudiannya menaiki bas untuk pulang ke Ipoh. Darshan berharap agar Mr.Ravi selamat sampai ke rumahnya.

Apa yang Darshan kesalkan ialah masih ramai lagi orang seperti Mr.Ravi di luar sana yang ditipu dan terkandas tanpa wang dan tempat tinggal.

Darshan turut berpesan agar kita semua menjaga ibu bapa sendiri dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

Jika kita boleh membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli pakaian, kasut dan barangan lain pasti kita boleh memperuntukkan sedikit wang untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Apa Komen Pengguna FB

– Orang tua pun nak ditipu jangankan nak membantu. Cuba lah kja jgn nak menipu je

– Ini pkcik sya knl kt klcc jgk.kesian dy..dlm akaun rm10..dengan de sifat kesian sy derma la skit utk dy mkn..bolh sebak kot tgok keadaan pkcik nk..

– Semoga ramai orang yang berhati mulia seperti Mr Darshan.

Sumber dari EraBaru