Doktor kata mak ada 3 hari je lagi. Tiba-tiba di hari ketiga, mak sebut sesuatu yang buat semua terdiam.

Dimaklumkan ibu hanya mampu bertahan selama tiga hari, wanita ini dan adik beradik bersepakat menjaga ibu di dalam wad bersama-sama. Sepanjang di wad, mereka berusaha melakukan terbaik dan menghargai setiap detik bersama ibu.

Paling sebak apabila anak-anak memohon ampun, si ibu meminta mereka jangan menangis kerana mereka tiada dosa kepadanya.

‘Mak awak cuma ada 3 hari saja lagi’

Beberapa tahun lepas sejak arwah mak sakit beria bila pay”dar* yang dah dibuang sebelah akibat k*nser melarat pula ke sebelah lagi, kami 3 beradik mula berkampung di hospital putrajaya.

Bergilir-gilir lah kami waktu itu mengikut shift masing-masing. Kebiasaannya Kak Eli kena shift malam sebab masa itu Malaeka masih belum sekolah jadi esoknya tak perlu kalut macam adik beradik yang lain.

Bila weekend dapatlah Kak Eli shift pagi, rotate semula jadual dengan kakak dan abang. Yang penting arrwah mak tak pernah ditinggalkan seorang diri dalam wad walaupun dalam 1 wad tu ada 3 pesakit lain.

Ada satu pagi tu, Kak Eli tiba di wad dan kebetulan ada doktor perempuan yang baru keluar dari bilik mak. Dia tarik tangan Kak Eli dan bawa ke sudut dinding.

‘Saya nak beritahu ni, mak awak cuma ada 3 hari saja lagi. Beri dia makan apa dia nak makan, bagitahu saudara mara dan kawan-kawan dia, saya nak awak dan adik beradik awak ready.’

Awak, awak dan awak,

Andai ditoreh pipi Kak Eli waktu tu memang rasanya takkan keluar d+rah. Lembik dan longgar terus lutut dan rasanya kalau tak kawal mungkin Kak Eli dah rebah kelantai.

Ingin sekali Kak Eli tampar muka doktor waktu itu. How dare you, how could you say that to my mother?

Tapi Kak Eli berterima kasih pada doktor tu sebab sebenarnya dia sudah memberi hint pada kami adik beradik yang kami hanya ada 3 hari saja lagi untuk berbakti untuk mak.

Hanya ada 3 hari untuk mengisytiharkan dan mempersembahkan cinta yang paling tulus kepada mak.

Kak Eli masuk bilik wad mak dan mak tersenyum ceria seperti biasa. Kak Eli tenung dia, this is the moment when a word doesn’t come to me.

Kami adik beradik nekad ada disisi mak

Kelu.

Mak masih ceria, tanya mana Malaeka?

Tanya itu ini dan tiada langsung pernah mengeluh dan menyatakan sakit.

Kak Eli bagitahu ada barang tertinggal dalam kereta dan nak ambil sekejap. Sampai saja di parking kereta terus Kak Eli meraung bagai nak g¡la disitu.

Telefon adik beradik dan kami pakat menangis bersama-sama dan semua nekad takkan ada shift dah selepas ini. Semua adik beradik mesti ada disisi mak pada waktu genting begini.

Naik semula atas, makcik disebelah katil mak dah beberapa hari tak sedar, bergantung pada oksigen sepenuhnya. Anak perempuan beliau setiap hari tanpa gagal menemani mak dia tu.

Tapi waktu tu, dia sibuk baca suratkhabar di sebelah mak dia. Mak Kak Eli toleh pada katil sebelah dan tegur perempuan tersebut.

‘Adik cuba tengok mak tu, makcik rasa mak tu dah tak ada.’

Ringkas saja ayat mak, dan perempuan tu bingkas panggil mak dia.

‘mak, mak, makkkkkkkk!!!’

Dia jerit pada nurse dan bila mereka datang doktor sahkan mak dia baru saja meninggal, waktu dia sedang leka membaca suratkhabar.

Betullah ajal itu tidak kita sangka dan kalau bukan rezeki kita dapat mengadap saat-saat terakhir kematian ibu bapa kita, memang takkan dapat walaupun kita hanya disebelah.

Berpuluh tahun mak bekerja di hospital, sedikit sebanyak pengalaman mematangkan dia. Mak minta Kak Eli ambil handbag dia dan keluarkan duit untuk sedekah pada perempuan tu.

Mak, mak tau tak doktor cakap mak ada 3 hari lagi dan mak masih tak lupa nak bersedekah jariah waktu ini?

Tak, Kak Eli dan adik beradik sikitpun tak berbunyi pasal ni. Kami buat macam biasa saja.

Malam tu mak kata dia sakit belakang, dia suruh panggilkan doktor dan doktor ambik darah dia dari belakang bahu.

Anak-anak mak tak ada dosa dengan mak’

Doktor tu termenung lama kemudian dia cakap ‘saya minta maaf ya opah, saya tak dapat nak bantu opah. Tak mampu nak legakan opah’

Kak Eli masih ingat nama dia. Doktor Lisa.

Semua doktor yang merawat mak bahasakan diri dia sebagai opah sebab mak is over peramah. Dan para doktor memang selalu bagi special treatment pada emak walaupun sibuk.

Mak kata ‘eh tak apa doktor. Inipun opah dah lega sangat. Terima kasih ya.’

Kak Eli dan adik beradik meraung lagi dibelakang dia.

Hari kedua dan ketiga, mak dah kerap penat. Saudara mara dan kawan-kawan mak penuh setiap masa datang melawat sampai mak tak boleh nak tidur. Dia masih gagah melayan bersembang dan tersenyum.

Malam terakhir dia mintak m0rf¡n dose tinggi sebab nak berehat. Tapi waktu itu malaikat m*ut mungkin sudah menyapa, menunggu masa untuk mencabut nyawa. Mak tak boleh nak lelap.

Esoknya pukul 11.32 malam mak pergi selamanya sambil menyebut Allah Allah Allah tanpa henti. Setelah kami teresak-esak meminta ampun bergilir-gilir setiap seorang dan mak jawab,

‘anak-anak mak tak ada dosa dengan mak. Kenapa menangis, janganlah menangis’

Betul kata doktor,

Mak cuma ada 3 hari saja didunia yang fana ini. Meninggalkan kami terpinga-pinga tetapi sudah bersedia.

Kak Eli ingat lagi selepas itu kami berpeluk 3 beradik dan menangis teresak-esak sehingga makcik yang kans3r leher didepan katil mak menenangkan kami.

Makcik tu tak boleh bercakap dah, tapi dia guna isyarat tangan.

Sungguh, kematian itu satu perkara yang hebat dan besar. Ia mengubah kehidupan kita yang masih didunia ini dengan sakit merindu.

Kak Eli memilih untuk berhenti kerja, tinggalkan rumah sendiri di kota damansara begitu saja dan balik ke jerantut supaya dekat dengan kubur mak.

Dengan harapan bila duduk dirumah dia ni dapatlah melepaskan rindu bila tengok tombol pintu bilik dia, tengok pokok orked dia. Apa sajalah yang dia tinggalkan.

Sakit merindu yang takkan surut sambil merenung dosa yang segunung banyaknya pada mak, dengan air mata yang tak pernah kering tiap kali terkenangkan dia, Allah hadirkan Amanda Safiya.

Dia lahir genap setahun selepas mak pergi, di tarikh yang sama mak pergi, di jam yang hampir sama mak pergi, dan mewarisi rupa paras mak serta kelakuan.

Keduanya sangat membahagiakan.

Kepada yang masih ada emak, berbaktilah sehabis daya seolah esok hari terakhir kita bersama dia.

Sumber : FB Suhaili Baharudin