‘Imamnya Pergi’ 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

Kisah penghijrahan wanita bernama Amira Lee ini cukup syahdu. Bukan mudah rupanya untuk dia menjadi saudara baru. Pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilaluinya.

Islam itu indah subahanallah, dek kerana ingin tahu, Amira sanggup pergi kursus untuk saudara baru dan setiap kali itulah dia mengajukan soalan untuk mendapatkan lebih kepastian.

Setiap  jawapan memang meyakinkan danitu membuatkan dia  bertambah yakin untuk memeluk islam. Namun, keputusan tersebut nyata membawa perubahan dalam keluarganya.

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

Pertama kali buat ibu menangis

Malah, penghijrahannya juga menyebabkan ibunya, Chong Moi, 64, yang bersusah payah membesarkannya menangis dan sedih kerana dia rasa seolah-olah kehilangan seorang anak lagi.

“Saya memang anak mak yang tak pernah buat mak menangis. Itu kali pertama saya buat dia menangis. Sebab dia sedih kerana seolah-olah saya lain. Tapi saya cakap dengan mak Islam bukan begitu. Tetapi sebab saya tak cukup ilmu dan kekuatan tetapi ibu sangat memahami.

“2009 saya ambil keputusan peluk islam dan awalnya family tak boleh terima kerana 22 tahun hidup bersama mereka dan buat semua benda sebagai family.

Tentunya mereka rasa seolah-olah saya macam tak nak jadi ahli keluarga, tapi itu tak tepat kerana selama 9 tahun jadi saudara baru, saya masih tinggal dengan mak yang belum peluk islam.

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

“Cuma ada perubahan selepas peluk Islam termasuklah menutup aurat. Awalnya rasa susah tapi saya nak buat juga. Keluarga juga rasa tak seronok.

Saya tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga guna. Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu.

“Mak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama. Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu.

“Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,”,” jelas Amira yang masih tinggal bersama emaknya dan mendoakan moga syurganya itu mendapat hidayah kelak.

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

Suami meningal sakit Leukimia

Bukan hanya keluarga,  malah Amira juga berhadapan dengan ujian paling besar bila mana suami tersayang, Mohamad Norasyrul Nordin meningal dunia akibat leukimia atau kanser darah pada Disember 2012.

“Siapa sangka arrwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya. Inilah dugaan paling berat saya lalui selepas kami mendirikan rumah tangga pada 2010.

“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.

“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.

“Dan akhirnya memang Allah lebih menyayanginya. Suami saya meniinggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

Akui Amira, Allah uji dia (arwwah) dengan sakit tapi Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

“Arrwah dapat lafaz dua kalimah syahadah apabila dijemput oleh Allah. Kita belum tentu lagi dan apabila saya melihat orang yang diuji dengan ujian  yang dahsyat reda, jadi kenapa pula saya tidak reda, saya reda dan patut reda.

‘Malah, saya tetap ingat pesanan dari arwaah. Dia minta saya jadi orang Islam yang baik kerana Allah. Dia cakap kalau kita niat dan buat sesuatu kerana Allah, insyaAllah sampai bila-bila kita akan kekalkan niat tersebut dan kita akan buat sesuatu kerana Allah.

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

Dulu saya pelik  tengok banyak benda yang orang Islam kena buat itu ini tapi mereka tetap gembira dan cepat terima hakikat kalau apa2 yg berlaku termasuklah Move on. Itu yang membuatkan saya jadi tertarik untuk mengenali lebih dekat tentang Islam,”ujar Amira lagi.

Tidak mudah tapi tak mustahil kerana menurut Amira tiada yang mustahil bagi Allah dan sebagai umatNya kena sentiasa yakin  dan usaha sahaja. Paling penting dia mahu Allah memandangnya dengan gembira dan mendapat redhaNya. – Keluarga

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

'Imamnya Pergi' 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. Sedih, Namun Pesanan Arrwah Redha & Jadi Muslim Yang Baik Pegangan Mualaf Ini

‘Pada mula-mulanya kakak tak faham kenapa kena pakai tudung, Kakak marah. Dia kata ramai orang Islam tak pakai tudung dia pun Islam tapi tak pakai juga..’ Jom dengarkan kisah penghijrahan Amira Lee Abdullah dari sebelum beliau memeluk Islam.

#IndahDihati #CeritaIndahDihati