Jacinda, semoga Allah mengurniakanmu hidayah. Aamiin…

Hari ini sudah 10 hari berlalu insiden yang menggur1s hati setiap umat Islam di seluruh dunia. Dan dalam massa 10 hari inilah ada satu sosok yang begitu menonjol membela nasib komuniti Muslim di bumi Kiwi.

Dia tanpa mengenal lelah menangani isu ini dengan cepat. Sepantas itu juga beliau mengumukan bahawa NZ akan menanggung segala kos pengebun1an dan akan cuba membantu kebajikan keluarga mangs@.

Dia telah memperuntukkan masa yang lama untuk melawat setiap mangs@ yang dirawat di hospital sambil beramah mesra dengan mereka.

Di dalam perutusan takz1ah di parlimen beliau telah memulakan ucapan dengan menyebut ‘Assalamu’alaikum, peace be upon you and all of us’ dan menguttuk tindakan kej@m temb@kan rambang dengan mengatakan siteror1s itu tidak layak tinggal di bumi NZ.

Beliau enggan menyebut nama sipengg@nas tersebut dan mengakhiri ucapannya dengan berkata..

‘We are one and you are us…’

Bukan setakat itu sahaja, pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen, kerajaan di bawah pimpinannya telah menganjurkan bacaan al-Quran diperdengarkan sebelum diikuti dengan rakaman takz1ah rasmi dari Parlimen NZ.

Yang Allah, tidak cukup dengan itu, beliau membuat satu lagi pengumuman penting bila mengizinkan laungan azan di rangkaian stesyen penyiaran kebangsaan pada hari Jumaat yang lalu.

Tetapi ada suatu perkara yang lebih besar yang dilakukannya yang menjadi ikutan wanita non Muslim di NZ… Beliau yang mula mengenakan tudung sejak pada hari pertama nsiden berdar@ itu, telah menjadi TRENDING di bumi Kiwi.

Fenomena bertudung ini kemuncaknya ialah pada hari Jumaat yang lalu betapa ramainya manusia non Muslim turut bertudung sebagai tanda solidar1ti.

PM, Jacinda Arden memulakan perhimpunan solidariti terbesar di bumi Kiwi pada pagi Jummat itu dengan membacakan sepotong hadis Nabi ﷺ …. Masya Allah, pernahkah anda terbayang bagaimana ianya boleh terjadi?

Jacinda, semoga Allah mengurniakanmu hidayah. Aamiin...

Jason Vux

Puan Jacinda Arden yang kelihatan manis sekali berpakaian serba hitam dan bertudung memetik hadis Nabiﷺ yang bermaksud;

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” [HR. Muslim]

Tambahnya lagi;

“New Zealand mourns with you, we are one”

Beliau telah menjadi pencetus kepada kebangkitan nur Islam di bumi NZ sekalipun belum bergelar Muslim. Kerajaan di bawah pimpinannya begitu terbuka dan prihatin kepada nasib komuniti Islam malah, beliau sendiri menjadi sumber inspirasi bagi wanita di bumi All Black untuk turut bertudung.

Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa membuka mana-mana pintu hati manusia yang Engkau inginkan, kurniakanlah HIDAYAHMU kepada Puan Jacinda Arden. Semoga tidak lama lagi akan ada tambahan Abdullah di hujung namanya, aamiiin…

Image may contain: 1 person

Nukilan Nik Saiful

Baca pula tulisan Ebit Lew

Sebak mengalir air mata tanpa sedar bila dengar Jacinda Ardern perdana menteri New Zealand ini berucap dengan berselawat pada Nabi saw dan menerangkan Islam yang sebenarnya walau dia bukan Islam. Sebak tengok orang bukan Islam solat Jumaat bersama orang Islam dengar khutbah.

Negara bukan Islam beri siaran solat jumaat pada semua stesen tv. Semua orang bukan Islam datang jaga masjid. Polis, masyarakat dan kumpulan motor gengster besar-besar. Jangan takut pergi masjid katanya. Ya Allah.

Artis bukan Islam dan wanita bukan Islam ramai-ramai pakai tudung memperjuangkan hak wanita Islam. Kata mereka selama ini orang Islam berhijab minoriti susah dan apa rasa mereka mengamalkan perintah Allah ini di tengah orang bukan Islam.

Mereka mula faham kerana wanita memakai kerana paksaan tapi rasa cinta pada Allah. Terima kaseh Allah atas nikmat ini dalam hidup kami.

Ya Allah beri hidayah pada @jacindaardern dan seluruh new zealand. Berkat selawat dan memuliakan Nabi saw dalam perkataannya. Kasih sayang yang mereka tunjukkan.

Image may contain: 1 person, closeup

Semoga Allah hadiahkan negaranya Islam. Ramai-ramai mendapat Islam. Allah beri hidayah pada ketua negara dan seluruh rakyatnya. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar

Semoga setiap darah yang mengalir menjadi sebab syahid. Tangisan,kesabaran,dan akhlak ahli keluarga yang syahid menjadi asbab hidayah buat semua manusia dalam dunia.

Allah terima anak muda yang hebat dari Malaysia syahid menjadi asbab hidayah buat seluruh alam. Kesabaran dan ketabahan didengar diseluruh dunia sehingga menyentuh hati orang bukan Islam.

Allahuakbar. Allah Maha Kuasa. Insya Allah tak lama dah hari kemenangan dan Fatah hidayah seluruh alam

Sumber dari Telaga Biru