“Niat sekadar bergurau tetapi mahkamah sahkan jatuh talak 3”

Perkahwinanan adalah sunnah Rasulullah. Ia dituntut bagi lelaki dan perempuan yang sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental kerana tanggungjawab dalam perkahwinan bukanlah batin semata-mata namun ada yang lebih besar dari itu.

Tadi datang seorang wanita muda lingkungan 30’an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik dari Mahkamah Rendah Syariah. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba mendengar dengan jelas. Dia memulakan bicara.

“Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?” soalnya.

“Puan bercerai talak berapa?”

“Talak tiga,” katanya sambil menangis teresak-esak.

“Allah!” spontan keluar mulut aku.

Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.

“Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama,” jelasnya.

Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.

“Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?” soal aku.

“Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia ‘aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga’. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya,” katanya.

Aku hanya kata, “Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InshaAllah,”.

Secara jujurnya, aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah.

*******

Dewasa initial nampaknya pasangan muda khususnya yang baru berkahwin lima tahun ke bawah memilih 23 alasan cerai yang bukan saja mengarut tetapi juga mampu dijadikan bahan ketawa pada orang ramai.

Punggung menggerutu, tak pam tandas, isteri suka membasuh baju malam-malam, isteri meminta set persalinan 30 jenis warna baju seluar dan aksesori, suka mengikuti rombongan, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan banyak lagi alasan.

 

Bagi yang sudah berusia dan melepasi tahap lima tahun perkahwinan ke atas, alasan-alasan mengarut ini dilihat seperti bahan ketawa tapi hakikatnya inilah realiti yang berlaku dalam perkahwinan masyarakat Islam khususnya.

Ketika persidangan di Dewan Rakyat semalam, Yeoh turut menjawab soalan Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad berkaitan sebab-sebab penceraian melibatkan pasangan berkahwin lima tahun dan ke bawah.

Berdasarkan statistik kementerian, kata Yeoh, terdapat 2,932 kes penceraian di Wilayah Persekutuan antara tahun 2013 dan 2017.Katanya, data dari negeri-negeri lain sedang dikumpulkan.

Bagi bukan Melayu pula, Yeoh berkata Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 14,440 kes penceraian untuk tempoh sama bagi kategori sama.

Katanya, lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling sukar.

Berdasarkan tinjauan pada 2014, lebih satu pertiga kes penceraian berlaku dalam tempoh itu, katanya lagi.

Ternyata, pasangan muda nampaknya gemar memilih alasan mengarut untuk bercerai.

Sumber: Abdul Razak Nordin.