Rimas Lepas Mengandung Je Isteri Asyik Nak Bersama. Aku Pergi Kerja Pun Tak Senang.

Assalamualaikumm. Macam biasa min, hide nama aku. Aku rindu bekas bini aku min. Aku rindu dia sangat2 Setiap kali aku solat menitik air mata dan aku terpaksa lepaskan dia tidak ada siapa boleh gantikan dia. sekarang Dia dah ada kehidupan dia sendiri. Anak2 aku dapat ayah baru. Aku ? Biarlah aku begini… Hidup untuk membahagiakan keluarga ku syurgaku.

Muka Bini aku biasa2 je min. Aku ada rupa. Kami ada 3 orang anak. Sulung lelaki 4 tahun, yang kedua, kembar perempuan 2 tahun. Hasil gabungan kami, Allah kurniakan kami anak-anak yang sangat segak dan comel, kemana saja kami pergi, anak2 kami dpt perhatian ramai orang. Anak2 aku peramah , senang adapt dengan suasana ikot sebelah aku..
Bini aku, seorang pendiam.

Rupa Bini aku kategori orang biasa2 , dia baik dan sangat penyabar. Aku pulak segak, tapi ramai perempuan nak kan aku sebab aku ada pangkat dan harta. Banyak2 perempuan, aku pilih bini aku sebab dia langsung tak tertarik dengan apa yg aku ada, tak macam perempuan lain, ada kepentingan kemudian cari aku. Bertahun aku usaha dapatkan dia, akhirnya tanggal Disember dia terima aku. January diijabkabulkan. February kenduri kahwin.

Bini aku pernah bercinta dengan askar, 5 tahun bercinta, mereka putus sebab tak dapat restu ibu lelaki tersebut, ibu dia nak isteri kerja government sebab anak dia dah naik pangkat. Hari sepatutnya mereka bertunang, lelaki tu tak datang. bini aku tanggung malu dengan saudara mara, demi ibu dan ayah Bini aku, dia nekad untuk lupakan laki tu. Laki tu pun dah kahwin anak sorang sekarang…

sejak itu, hidup bini aku hanya untuk membahagiakan ibu dan ayah dia… Setahun selepws itu, ayah bini aku men!nggal. Dia jaga sepenuhnya ibu nya.. dia ada adik bradik ramai, tapi dia minta izin dia yang nak jaga mak ayah dia. sebab dia rasa bersalah dekat mak ayah dia pasal kes tunang tu…

Susah senang Sakit ayah dia, dia urus.. Kira puas hati dia dapat menjaga ayah dia dengan sangat baik. Antara kerja dan ibu ayah. Dia pilih ibu ayah dia. Dia pernah bertengkar dengan bos sebab bos tak bagi dia balik, dia balik juga sebab ayah dia sakit, nak pergi hospital. Sejak hari tu, macam2 bos aniaya dia, sehingga dia berhenti notis 24 jam.

Alhamdulillah rezki dia murah mungkin sebab dia berhenti kerana ibu ayah. Harini berhenti, esok iv tempat lain, terus dapat keja. Alhamdulillah balasan orang baik.
Slps ayah dia men!nggal, dia jaga ibu dia sepenuhnya. Nak jaga dengan lebih baik lagi. Dia tolak ramai pinangan orang. Dia tolak sebab takut suami tak nak jaga ibu dia. Saya yakinkan dia, terus bawak mak saya dan of course mak saya sangat mahu dia jadi menantu dan setuju syarat isteri saya..

syarat isteri saya, izinkan dia jaga ibu dan ibu dia ikot kemana dia pergi. Kami hidup bahagia setahun pertama perkahwinan kami. Sangat bahagia. Oh ya, aku seorang yang sangat sibuk dengan kerja min. Aku keja government Dan selalu mesyuarat sana sini. Aku anak sulung lelaki. Ada 2 adik lelaki. Seorang perempuan. Tinggal sorang adik lelaki aku je belum kahwin.

Pada tahun pertama, isteri aku sangat memahami betapa sibuknya aku. Sehinggalah dia disahkan mengandung. Dia mula bersikap manja dan tak nak berjauhan dari aku. Kerja dia asyik menangis saja min. Dah bersalin, perangai tu tak hilang. Hampir setiap hari dia terasa hati dengan kesibukan aku.
Aku? Ya. Aku sangat workholic.. dan aku jenis “family man”.

Aku sangat diperlukan dalam keluarga aku. Aku juga umpama anak kandung kepada saudara mara aku. Setiap mingu ada saja keluarga aku mahupun keluarga saudara aku minta tolong dari aku. Aku tak boleh min kalau orang minta tolong. Aku mesti akan tolong. Hari bekerja, aku selalu balik lambat, bukan sebab melepak, tapi aku tolong saudara mara aku.

Hari cuti, sama ada aku outstation atau ke rumah saudara mara aku yg memerlukan pertolongan. Setiap hari aku usaha balik rumah sebelum pukul 11malam. Jangan kata aku tak tolong bini aku min. Aku sedaya upaya menolong apa saja utk meringankan beban Bini aku. Apa saja permintaan dia aku tunaikan. Aku selalu membahagiakan dia..

Tapi dia tetap tak puas. Dia nak aku ada dengan dia selalu. Nak aku selalu balik awal. Kemudian berlaku seakan akan perebutan diri aku antara bini aku Dan keluarga aku.. saudara mara aku seakan marah sebab aku macam lebihkan bini aku. Aku dah cuba untuk adil dengan semua orang. Kemudian berlaku lah macam2 perkara seolah olah utk memisahkan kami.

Timbul cerita macam2 pasal bini aku.
lebih tajam dari membnuh. Aku hampir nak percaya, mujur bini aku jelaskan segalanya dan aku percaya bini aku..Mulanya aku yakinkan bini aku, macam mana pon aku takkan tinggalkan dia.. aku sayang dia dan aku sayang anak anak aku. Setiap apa yang berlaku, aku tahu bini aku tak bersalah. Tak perlu la aku ceritakan apa yg berlaku…dan aku tahu keluarga aku juga tak bersalah, ini semua salah faham.

Aku tahu bini aku sangat2 terluka, dan dia kata dia sangat bertuah memiliki aku yg sentiasa percaya dan pujuk dia. Dan tak ada lelaki yang lebih baik dari aku. Hari berganti hari. Macam2 ujian datang, hampir setiap hari bini aku meluahkan perasaan pada aku , dia minta aku lebihkan masa dengan dia, dia minta aku balik rumah awal. Aku bukannya melepak min, aku cuma ke rumah saudara mara aku. Dan kerja dia asyik menangis menangis menangis !! Aku stress.

Apa nak buat.. Aku ditengah2, ditelan mat! mak diluah mat! anak. aku juga harus utamakan saudara mara aku. Dulu, Merekalah yang banyak tolong keluarga aku saat keluarga aku susah. Jadi aku harus balas jasa mereka. Bini aku ? Dia hanya orang luar yang datang saat aku sudah senang. Anak anak saudara aku, aku jaga betul2, aku sayangkan mereka. Apa saja keperluan mereka aku akan penuhi.

Sakit demam mereka aku yang jaga. Mereka dah macam anak aku. Aku tak boleh berjauhan dengan anak anak saudara aku. Tak tahan dengan karenah isteri..yang asyik cemburu aku lebihkan keluarga aku. Aku memilih utk lepaskan dia. Saudara mara aku ? Ya mereka semua happy, dan berusaha mencari macam2 perempuan untuk jadi peganti bini aku…

Biarlah aku terluka, asalkan keluarga dan saudara mara aku bahagia dan asalkan bini aku bahagia sekarang. Bekas bini aku baru mendirikan rumah tangga dengan kawan lama dia ogos lepas. Semoga awak bahagia Fi. Sekarang, adakah dia lebih baik dari saya ?

Sumber dari KRT