Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Kecantikan dan golongan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja pelbagai produk dan cara rawatan bagi mendapat wajah serba sempurna. Salah satunya adalah menyambung bulu mata.

Sekali imbas memang nampak seperti asli, tapi rawatan bagi memiliki bulu mata lentik ini mempunyai kesan sampingan terhadap mata si pemakai.

Terbaru, seorang wanita nyaris buta setelah cuba untuk mencabut bulu mata yang dipakai selama setengah jam itu dengan menggunakan jeli petroleum, Vaseline.

Pengalaman itu dikongsi Nurul Adeline Daud di laman Facebook miliknya apabila terlalu sukar untuk ditanggalkan sehingga kehilangan bulu matanya yang asli.

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

“Sumpah aku takkan buat eyelash extension lagi. Separuh buta dah aku ni. Lepas 30 minit buat aku terus cari vaseline cabut balik.

“Punya susah nak cabut. Sampai takde bulu mata dah aku. Mungkin aku alergik dengan gam dia kot,” tulisnya.

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Walaupun pernah membuat rawatan sebelum ini, namun pengasas produk kosmetik itu menyifatkan kejadian tersebut mungkin merupakan ‘amaran’ daripada Allah apabila cuba untuk mengubah ciptaanNya.

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

“Jangan kau ubah ciptaan Allah! Sebelum ni aku buat okay je. Tapi ni maybe Allah nak bagi warning dekat aku,” katanya.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dengan menasihati dan mengambil iktibar atas pengalaman buruk yang menimpa Nurul Adeline ini.

Rupa tu pinjaman semata-mata…

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Seksanya sis! Tak dapat bayangkan…

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Jangan pakai dah la…

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Cepat sembuh sis!

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Baru ingat nak buat jugak, tapi jadi la…

Gara-gara sambung bulu mata, tak sampai 30 minit hampir buta…

Ish ishh! Memang ramai ingin memiliki bulu mata idaman yang melentik. Tapi perkara ni kena la berbalik kepada agama, bukan berdasarkan kecantikan semata-mata kan!

Sumber : Nurul Adeline Daud