“Sejadah Bersiram Air Mata. Allah Dugaan…” 20 tahun Menanti, Usia 41 Tahun Dapat Anak. Tabahnya Wanita Ini.

Selain soal kahwin, anak juga sangat sensitif untuk diperkatakan oleh sesetengah pihak. Terutama sekali bagi pasangan yang sudah lama berkahwin namun belum ada rezeki menimang cahaya mata sendiri.

Usaha, doa dan tawakal namun ketentuan Tuhan tak siapa boleh meneka. Tekanan dari pelbagai pihak menyebabkan sedikit sebanyak menyesakkan dada terutama sekali wanita.

Serasa tidak lengkap fitrah sebagai wanita apabila diri tidak mampu mengandung dan melahirkan anak seperti wanita lain.

Perkongsian wanita bernama  Nor Farah Dilah menerusi laman facebooknya menyentak naluri seorang wanita. Hanya yang melalui memahami betapa diri setiap wanita itu amat berharap mampu menimang cahaya mata sendiri.

“Sejadah Bersiram Air Mata. Allah Dugaan…” 20 tahun Menanti, Usia 41 Tahun Dapat Anak. Tabahnya Wanita Ini.

Nyata Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Luahan hati selama 20 tahun didengari dan akhrinya wanita ini hamil dan menimang cahaya mata sendiri. Ikuti perkongsian yang cukup sebak bagi yang membacanya!

Assalamualaikum . Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi utk yg lambat dpt cahaya mata .

Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat ? Ya , anak , penyeri rumahtangga . Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri.Begitu juga suami . Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang .

Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2 .

Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji .. Allahhuakhbar . rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org .

Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan .

Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa , Ya allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cacat sekalipun, aku sanggup ya allah … Allah hu Akbar .. 

Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit , Allah , dugaan .. Saya redha andai ini bahagian saya . saya ke hospital utk terima rawatan, ambil darah, urin test …

Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 . Doctor senyum , dia ckp puan hamil tau .. serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah . ya, sya disahkan hamil 4 bulan ..

“Sejadah Bersiram Air Mata. Allah Dugaan…” 20 tahun Menanti, Usia 41 Tahun Dapat Anak. Tabahnya Wanita Ini.

Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa diawangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nti abg mandi dulu .

Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa , sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki , saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya ckp , abg , syg mengandung 4 bulan.

Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa ?? Betul ke syg ? Betul ??? Syukur ya Allah .. Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah . berderai air mata kami suami isteri .

Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya disejadah , tak henti bersyukur . hidup saya seperti mati hidup balik . saya mula nampak cahaya matahari . saya sudah ketawa, saya sngt bahagia .

“Sejadah Bersiram Air Mata. Allah Dugaan…” 20 tahun Menanti, Usia 41 Tahun Dapat Anak. Tabahnya Wanita Ini.

Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar . 11.00 mlm saya msuk dewan bedah, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya . syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu . Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah , perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg . tak berhenti di mulut saya , syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah . satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun .

Puteri Marissa bt Abdul Rahman
Dikau segalanya bagi mama dan papa
Alhamdulillah… 

Sumber : Nor Farah Dilah via Karangkraf