“Sepanjang Jalan Orang Bunyikan Hon, Aku Jadi Takut, Hampir Menangis,” – Rvpanya Si Suami Cuba Buat Kejutan..

Kali ini kami ingin kongsikan kisah sweet seorang suami yang buat kejutan hari jadi untuk isterinya.

Jom baca!

Oh My God!! Hahaha!! Pagi semalam aku keluar rumah nak pergi kerja, tapi yang aku pelik   semasa memandu, setiap kenderaan tak kira lah motor atau kereta akan Hon aku!!

Aku Cuakk beb. Aku confuse ape yang  tak kena dengan cara aku memandu, dah lah setiap kereta yang  hon pada aku tu siap angkat dan lambai  tangan sambil tersenyum manis lagi.

Aku pun buka lah tingkap naka dengar apa diorang cakap, mungkin  nak beritahu tayar aku pancit, atau bonet belakang kereta terbakar ke..

Sumpah aku cuak giler sepanjang jalan orang bunyikan hon hingga aku dah rasa nak menangis wehh

Sampai simpang jalan aku berhenti tengok ada apa dengan kenderaan aku sampai semua orang bunyikan Hon.

Hahahahaha!!! Maluuuu nyeeee bieee oii….orang yang berhenti nak beli nasi lemak tepi jalan tu pun menjerit HAPPY BIRTHDAY!!

Perasaan cuak tadi bertukar jadi happy sebab sporting giler orang kat malaysia ni wehhh…hahaha ..maluu nyee

Suami ku punye kerja..patutla pepagi tadi keluar rumah ingatkan nak pergi sembahyang subuh kat masjid

suwiiittt sangattt!  hahha

Dah baca? Sweet sangat kan? Harap suami-suami di luar sana bolehla buat kejutan seperti ini untuk isteri masing-masing pula.

Komen Pengguna Media Sosial

– Mcm2 perasaan ada bila baca ni.Memang terharu n happy. Kalau lah saya dapat mcm ni….uisshhhhh senyum panjang weyyy….

– Slmt pnjg umur utk puan dan suami… Hadiah yg paling berharga adalah tanda ingatan dari suami

– Kreatif nya husband dia. Alhamdulillah dpt suami sweet

– Tahniah…. bahagia hingga jannah… sygi lah dia. Serius aku nanges baca ni wey

Sumber dari MyInfoHarian