“Tolonglah Mama… Jangan Potong Kaki Saya”, – M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehidupan diuji akibat kecuaian orang lain. Sejauh mana pun hati memberontak namun masa tak akan terundur.

Hakikat pahit namun perlu ditelan seorang remaja, Nur Atira Danilla binti Saiful Azhari, 19 tahun apabila dia kini terlantar sepenuh masa sejak lima bulan lalu dengan sebelah kakinya berisiko dipotong sehingga ke paras peha selepas motosikal ditunggangnya dilannggar seorang lelaki dewasa yang mengaku terlelap ketika memandu kereta.

“Saya tak nak potong kaki. Saya mahukan kaki ini kembali sembuh seperti sebelum ini. Mama, saya tak nak potong kaki,” katanya berulang kali di hadapan wartawan REMAJA sambil memandang wajah ibunya, seolah mahukan sebuah harapan.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Jika dilihat pada besi-besi yang berceracak di kaki kanannya itu, keceederaan dialami Nur Atira sebenarnya amat parah. Tulang ketingnya hancur selepas diserat sejauh 100 meter. Malah tulang hancur itu telah dibuang melalui satu pembedahan sebesar 5.5 cm di mana dapat dilihat satu lubang besar terbentuk, seolah-olah satu kawah di bahagian keting kanannya.

Tidak setakat keting, tulang punggungnya turut dibuang sebanyak 5 cm sebelum dipasangkan satu batang besi panjang di kaki kanannya itu. Lebih menyakitkan di bahagian punggungnya ada jangkitan kuman dan sudah bernanah memaksa satu lagi pembedahan dilakukan. Kakinya juga semakin mengecil seolah-olah memberi petanda, ia sukar diselamatkan lagi.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Tulang ketingnya hancur dan perlu dibuang sebanyak 5.5 cm kesan seretan itu.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Luka besar dapat dilihat pada kaki kanannya

Tidak hanya parah di kaki, tapi pergelangan tangan kanannya turut terkulai-kulai (hampir putus sebenarnya) sebelum dipasang dawai besi. Malah tangan itu juga sudah tidak kuat untuk menggenggam. Tidak hanya lengan tapi lengan remaja ini turut patah tebu selepas diseret sejauh 100 meter.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Beginilah keadaan lengannya yang terkulai ketika kemalangan sebelum pemasangan dawai dilakukan bagi mencantumkannya kembali. Bagaimana pun tangan ini sudah tidak kuat menggenggam

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Beginilah keadaan motosikalnya selepas diseret sejauh 100 meter dalam kemalanggan di Melaka itu

Kunjungan REMAJA di hospital menyingkap kisah duka remaja yang mencari rezeki untuk kehidupannya dan juga kehidupan keluarga selepas habis SPM. Pada hari kejadian, dia mahu ke sekolah memandu untuk belajar kereta.

Malangnya kecuaian orang lain menjadi igauan ngeri buat remaja ini. Kemallangan itu hanya disedari ahli keluarganya kerana ketika itu masing-masing keluar bekerja apabila pihak sekolah memandu menelefon ibunya bertanya kenapa anaknya tidak hadir ke sekolah memandu sedangkan ketika itu dia nyawa-nyawa ikan.

Redup anak matanya di sebalik wajahnya yang cantik. Namun hakikat pahitnya, kaki remaja ini sudah disyorkan dipotong sehingga paras peha oleh Hospital Melaka selepas kemalangan berlaku 22 Mei lalu.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Namun mahukan sebuah keputusan lain, ibunya, Rahasuhailawati Abdollah, 42 nekad membawa anak sulungnya ini ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai pilihan kedua.

Di HKL dan Hospital Melaka, demi memastikan survival dan kaki kanannya pulih seperti sedia kala, remaja cantik ini sudah menjalani pembedahan lebih 10 kali. Ini termasuklah kulitnya dipotong dan ditampal.

Pembedahan terakhir yang lakukan ialah salur darah tiruan dan andai berjaya ia adalah satu harapan baru untuknya. Namun selepas beberapa bulan, hanya isi daging mulai tumbuh dengan lekuk kawah itu masih seperti dahulu juga, tidak berubah sebaliknya semakin mengecil.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Menurut ibu yang setia menjaganya di hospital sejak kemalangan terjadi dengan ibunya sendiri berisiko dibuang kerja kerana kilang tempatnya bekerja hanya memberikan masa tiga bulan sahaja cuti tanpa gaji.

“Kehidupan kami memang susah ketika ini. Sebelum ini ayahnya (suami) turut dilanggar lari dan ditemui pengsan dalam perjalanan ke tempat kerja. Tulang rusuknya patah dan tak bekerja lebih 4 bulan bulan November tahun lalu.

Cuti saya pun sudah habis menjaganya. Sekarang ini suami tak boleh bekerja kuat kerana tulang rusuknya tak pulih sepenuhnya lagi dan perlu pakai pendokong.

“Bila saya sendiri tak bekerja dan menjaga Atira di hospital, susah itu berganda-ganda. Saya memang risaukan keadaannya kerana Atira memang tak mahu kakinya dipotong sedangkan sudah berbulan-bulan begini dengan kakinya semakin mengecil tapi belum ada sebarang perubahan besar dapat dilihat.

“Buat masa ini ketika mendapat rawatan di hospital, ada peguam datang dan  mahu membantu untuk menyaman pemandu ini tapi saya difahamkan kesnya akan makan masa panjang dan bertahun-tahun tetapi saya lebih risaukan emosinya yang akan menangis kesedihan,”katanya yang mengusap wajah anak sulungnya itu.

Setiap hari Atira perlu melakukan senaman ringan agar saraf kakinya berfungsi (ini demi mengelak kakinya dipotong). Di kaki kanannya itu kelihatan jelas besi-besi dicucuk bagi membantu tulangnya yang hancur bertaut kembali.

“Tolonglah M... Jangan Potong Kaki Saya”, - M4ngsa Kemal4ngan Diseret Pemandu Terlelap Tak Sanggup Kudung

Kata emaknya, agak susah juga sebenarnya untuk menyakinkan Atira tentang hakikat ada kemungkinan kakinya perlu dipotong kerana berdasarkan situasi semasa tiada perubahan ketara terjadi.

“Di HKl ini, ada ketika pembedahan memerlukan banyak wang termasuk doktor ada meminta disediakan RM5000 sedangkan kami sudah tiada sumber pendapatan lain kecuali suami dengan gaji RM1400 sebulan. Risau dengan keadaan Atira kerana dia sendiri begitu mengharap kakinya kembali sembuh. Hanya doa yang saya mampu lakukan,”kata Rahasuhailawati yang mengakui risaukan keadaan sulungnya itu.

“Saya merayu kepada mana-mana individu yang bermurah hati untuk menderma demi meringankan bebanan kewangan kami kerana pembedahan demi pembedahan ini memerlukan sejumlah wang yang banyak. Saya akui buntu mencari sumber kewangan,” katanya lagi.

Bagi anda yang ingin membantu, salurkan bantuan ke Hong Leong Bank di akaun 026-51-05348-0 atas nama Rahasuhailawati binti Abdollah. Semoga Allah membalas jasa kalian. – Remaja