Tuduh cikgu yang tampar, rupa-rupanya kena beguk!

rupanya kena beguk

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang guru lelaki dikatakan telah melempang murid, Emran sehingga lebam di Sekolah Lubok Keluli. Kejadian itu dimuat naik oleh Diyaa Kaif, keluarga mangsa di laman Facebook miliknya.

Ibu kepada mangsa membuat laporan polis apabila anaknya memberitahu bahawa cikgu berbadan sasa itu memukulnya kerana terlanggar tangan cikgu itu ketika kanak tersebut berlari bersama rakan.

Fitnah kena lempang, siap report polis

Tuduh cikgu yang tampar, rupa-rupanya kena beguk!

Ramai orang Malaysia yang dah tertipu dengan cerita keluarga ni. Rupa-rupanya Emran ni mengalami penyakit beguk dan kesan lebam biru itu adalah kerana neneknya yang menyapu nila dan cuka sebagai ubat.

Menurut guru tersebut, Jan Raafi, sekolah berkenaan sememangnya sedang diserang penyakit beguk dan HFMD. Jan juga menafikan tindakan melempang anak muridnya dan ada bukti melalui rakaman CCTV.

Pihak polis juga mendapati bahawa cerita dilempang itu adalah rekaan ibu dan anaknya selepas disoal siasat. Jan membuat laporan polis di IPD Kajang pada 9.45 malam pada hari yang sama.

Menurut Jan, murid itu tidak dijaga oleh ibu kandungnya, akan tetapi oleh ibu mertuanya.

“Hak penjagaan anak diberikan kepada bapa dan dia hanya datang pada setiap Isnin untuk melawat sahaja.”

Mungkin apabila ibunya datang melawat dan melihat leher anaknya begitu, dia terus melenting tanpa menyiasat dengan lebih lanjut. Mungkin. Iyalah, siapa yang tidak sayang anak betul tak?

Laporan polis yang dibuat oleh guru tersebut

Tuduh cikgu yang tampar, rupa-rupanya kena beguk!

Jan Raafi berasa kesal dengan tindakan ibu pelajar tersebut yang terburu-buru membuat andaian tanpa berjumpa dirinya terlebih dahulu. Kini, Jan Raafi dikecam oleh netizen di laman sosial akibat fitnah ini. Malah gambarnya turut tersebar.

Gambar guru disebar

Tuduh cikgu yang tampar, rupa-rupanya kena beguk!

Namun begitu, perkara ini masih lagi dalam siasatan. Semoga perkara sebenar dapat dirungkai dalam masa yang terdekat.

Sumber: Utusan Malaysia, Pendidik2u, Diyaa Kaif