Connect with us

#news

Kisah Jururawat Yang Tugasnya “Membenarkan” Pesakït C0vid-19 Menïnggal

Bagaimanapun ada ketikanya, pihak perubätan sedar usaha mereka terhad setakat itu saja apabila pesakït mula bergantung kepada bantuan mesin sepenuhnya.

Arahan untuk menghentikan sokongan mesin ke atas pesakït akan dilakukan dan individu yang bertanggungjawab menamatkan satu-satunya talian nyawa pesakït – adalah kumpulan jururawat.

Itulah yang dihadapi Juanita Nittla, seorang jururawat berpengalaman bertugas di Unit Rawatan Rapi London Royal Free Hospital. Dia merupakan salah seorang individu yang menanggung beban tanggungjawab menutup mesin yang membolehkan pesakït hidup dan pengalaman itu, meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada dirinya.

Situasi pesakït yang tiada harapan

Kisah Jururawat Yang Tugasnya

Apabila pesakït C0vid-19 bergantung kepada bantuan mesin ventïlator untuk bernafas, ini menandakan jangkïtan vïrus sudah mula menyerang paru-paru pada tahap yang kritïkal.

Ventïlator digunakan untuk mengganti sementara fungsi paru-paru, iaitu membantu pesakït bernafas agar tubuh pesakït sekurangnya dapat mencuba melawan jangkïtan. Malangnya bukan semua kes berhasil sedemikian rupa.

Ada kes sukar di mana pegawai perubatan perlu mengeluarkan arahan agar sokongan mesin dihentikan, kerana tahu peluang pesakït untuk hidup tanpa bantuan mesin amat tipis. Faktor umur, rekod kesihatan lampau, reaksi tubuh mereka kepada jangkitan dan peratusan untuk sembuh diambil kira dengan teliti.

Walaupun tugas membuat keputusan itu jatuh ke bahu doktor, pelaksanaan arahan itu perlu dibuat jururawat seperti Juanita.

‘Membenarkan’ seseorang menïnggal dunia

Kisah Jururawat Yang Tugasnya

Pengalaman Juanita mengendalikan kes seorang jururawat veteran yang berusia 50-an pada awal bulan April lalu meninggalkan kesan  yang dalam, berbanding kes lain yang pernah ditempuhinya.

Selepas arahan dikeluarkan untuk menamatkan sokongan mesin, Juanita perlu menghubungi pihak keluarga bagi mengumumkan keputusan yang dibuat.

Reaksi pihak keluarga dalam kes itu amat sukar untuk didengari, walau sekuat mana pun dia cuba meyakinkan keluarga pesakït – “ibu mereka nampak selesa dan tidak berada dalam kesakïtan”. Ketika panggilan itulah juga, Juanita akan merekodkan permintaan dan pesanan waris pesakït sekiranya ada.

Dalam kes pesakït wanita itu, waris meminta agar Juanita membenarkan warïs bercakap dengan ibu mereka buat kali terakhir menggunakan telefon diletakkan di tepi telinga sepanjang tempoh kematïan akan berlaku. Warïs juga meminta Juanita memainkan muzik yang digemari pesakït sekurang-kurangnya bagi menggembirakan hati ibu mereka buat kali terakhir.

Apa saja permintaan asalkan dalam kudrat jururawat akan dilaksanakan. Apabila semua sudah dimaklumkan, Juanita akan menarik langsir bagi melindungi pesakït daripada pandangan 7 lagi pesakït di sekeliling mereka.

Dia mematïkan sistem penggera mesin dan mesin sokongan hïdup itu pun dimatïkan. Lima minit kemudian, pesakït jururawat veteran itu menïnggal dunia.

Sepanjang lima minit itu, anaknya yang masih cuba bercakap dengan ibunya tidak menyedari apa yang telah terjadi.

Akhirnya Juanita terpaksa memaklumkan apa yang telah berlaku.

Satu hari, satu kematïan, setiap hari

Kisah Jururawat Yang Tugasnya

United Kingdom menjadi antara negara dalam Eropah yang terjejas teruk akibat C0vid-19. Kadar kemasukan pesakït tak pernah sunyi di kebanyakan hospïtal, sehinggakan bilangan jururawat yang ada tidak mencukupi.

Bagi jururawat seperti Juanita yang bertugas khusus di ïCU, nisbah jururawat dengan pesakït kebiasaannya ditetapkan pada kadar 1:1.

Dalam keadaan wabak masih melanda beliau terpaksa menjaga sehingga 3 pesakït serentak satu-satu masa. Ketika keadaan lebih ekstrïm, seorang jururawat bakal ditugaskan mengawasi 6 orang pesakït tahap kritïkal setiap masa.

Apa yang membimbangkan dalam menjalankan tugasnya, jururawat seperti Juanita merupakan kumpulan paling berïsiko dijangkïti dan itulah yang terjadi pada seorang rakan sejawat beliau. Rakannya mula menampakkan sïmptom-sïmptom jangkïtan sehingga terpaksa menjalani ïsolasi sendiri.

Tempat rakannya diambil alih seorang jururawat bïdan terjun dari unit lain yang terpaksa dilatih segera, bagi mengharungi dugaan paling mencabar di Unit Rawatan Rapi.

Diminta cuti rehat akibat risïko

Kisah Jururawat Yang Tugasnya

Unit di mana Juanita berkhidmat mempunyai kadar 1 kematïan sehari setakat ini, menandakan tahap kesukaran mereka hadapi bagi membendung penularan wabak yang agak luar biasa kadar kematïannya ini – khusunya di Eropah.

Dihantuï pesakït-pesakït yang terpaksa dibenarkan menïnggal dunia apatah lagi tangan sendiri yang ‘menyebabkan’ kematïan mereka; bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Namun Juanita menganggap itu semua adalah dugaan yang datang daripada tugasnya.

Lebih malang pada pertengahan bulan April, Juanita sendiri mula mengalami masalah kesïhatan menyebabkan dia diminta bertugas dari rumah menjalankan kerja-kerja pentadbiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Beratkan tugas jururawat sebenarnya?

Kami tak tahu seandainya langkah dasar sama dijalankan di negara kita ke atas pesakït C0vid-19, di mana pesakït dibenarkan untuk menïnggal dunia tanpa sokongan mesin.

Jika ada, siapa yang diberikan tanggungjawab melaksanakannya; doktor atau jururawat? Berpeluh dahi memikirkan, bagaimana perasaannya bila kita tahu kita diberikan kuasa untuk memutuskan satu nyawa – hanya dengan memetik satu suis sahaja.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending