KJ Mengumumkan Satu Syarat Yang Perlu Dilakukan Jika Ingin Balik Kampung Merentas Negeri Nanti

PETALING JAYA: Hanya tinggal 2 % saja lagi bagi mencapai 90 % kadar v.aksinasi lengkap untuk populasi dewasa apabila semalam mencatatkan jumlah sebanyak 88 peratus.

Perkembangan tersebut memberi gambaran bahawa peluang bagi rakyat Malaysia untuk merentas negeri hampir tercapai sekali gus dapat kembali ke kampung halaman atau bercuti di mana-mana destinasi perlancongan dalam tanah air.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengatakan hanya berbaki 2 % untuk pembukaan rentas sempadan negeri dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi memohon MyTravelPass untuk pergi ke luar negara.

“88 peratus populasi dewasa telah lengkap v.aksin. Ini menunjukkan 2 % untuk pembukaan sempadan dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi memohon MTP untuk pergi ke luar negara,” ciap Khairy melalui akaun Twitter beliau hari ini.

Buat Ujian

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai yang akan kembali ke kampung halaman setelah rentas negeri dibenarkan, menjalani ujian kit ujian kendiri C0vid 19 RTK air liur untuk memastikan mereka selamat dari v.irus tersebut sebelum berjumpa dengan ibu bapa dan sanak saudara.

Tambah beliau, mereka yang terdedah kepada penularan digalakkan untuk melakukan ujian secara berkala.

a

“1.6 % sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke pengujian simptomatik, kami menggalakkan orang yang berada dalam persekitaran kontak dan lingkungan mobiliti tinggi untuk membuat ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa berusia, lakukan ujian air liur RTK. Jaga keselamatan mereka.

“Dalam peralihan menuju e.ndemik, kita tidak perlu melibatkan pihak polis dan sebagainya untuk membuat sekatan jalan raya bagi memastikan bahawa anda telah div.aksinasi sepenuhnya atau menjalani ujian. Sekarang bergantung kepada sikap dan tanggungjawab, saya yakin kita dapat menghadapi cabaran pembukaan dengan selamat,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini, menurut laman web C0vidNow, sejumlah 20,698,852 atau 88.4 % rakyat berusia 18 tahun ke atas telah lengkap menerima v.aksin C0vid 19 sementara 94.5 % sekurang-kurangnya telah menerima satu dos.

Perkembangan itu menyaksikan berbaki 1.6 % untuk mensasarkan 90 % kadar lengkap  v.aksinasi C0vid 19 populasi dewasa apabila semalam mencatatkan jumlah 88.4 %.

Ia sekali gus memberikan gambaran awal bahawa sasaran 90 % dapat dicapai paling tidak minggu ini sesuai menepati hasrat kerajaan untuk membenarkan rentas negeri jika tercapai.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar v.aksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kes.ihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan P.andemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.