“Kj ni antara yg terbaik buat keja, nmpk usaha dia..sedih la bila org2 yg bole di percayai, yg bole buat keja terpaksa lepaskan jwtn di sbbkan segelintir manusia yg tamak haloba dgn kuasa. Moga agung dpt berfikir dan bertindak dgn telus.”- keluh rakyat

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

1.20 tengah hari: Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara.

Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.

Agong berkenan Muhyiddin jalankan tugas PM sementara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta berkuatkuasa hari ini.

Susulan itu, Seri Paduka juga berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri ‘caretaker’ atau sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.

“Pada sesi mengghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuat kuasa pada hari ini.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik,” kata kenyataan yang dikeluarkan Istana sebentar tadi.

Tindakan itu, adalah selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri baru untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Dalam kenyataan tersebut Istana Negara turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah menterinya atas khidmat dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Selaku ketua utama negara, Seri Paduka Baginda memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin berteraskan keluruhan perlembagaan persekutuan dna kedualatan undang-undang,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin hilang majoriti selepas 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan.

Namun beberapa hari lalu, dalam usaha untuk mendapatkan semua majoriti, Muhyiddin telah menawarkan pelbagai reformasi sebagai pertukaran untuk sokongan ahli parlimen pembangkang tetapi ditolak.

Tawarannya termasuk dana yang sama untuk ahli parlimen pembangkang dan reformasi yang telah lama dilobi oleh pembangkang, seperti had jangka waktu untuk perdana menteri, undang-undang antilompat parti, dan komposisi jawatankuasa pilihan parlimen yang lebih inklusif.

‘Mesyuarat terakhir selesai, sekarang tawakallah’

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata “mesyuarat kabinet terakhir” kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai dan kini apa yang boleh dilakukan adalah bertawakal.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB perdana menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanyanya sambil mememetik ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam berserah diri kepada Allah setelah membuat keputusan.

Sebentar tadi Muhyiddin dilaporkan tiba di Istana Negara, difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas kabinet kira-kira tiga jam.

Spekulasi bertiup kencang bahawa dia akan meletakkan jawatan hari ini setelah gagal mendapatkan sokongan pembangkang untuk berdepan undi tidak percaya di parlimen.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.