Connect with us

#news

KJ: Tiada calon PM lebih wibawa dari Muhyiddin dalam Umno, PAS buat masa ini

“Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin UMNO mahupun PAS untuk menjadi Perdana Menteri buat masa kini.“, ujar bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu menambah, mengikut definisi kewibawaan, ia dimiliki oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selagi kita mendokong kerajaan sedia ada, maka Perdana Menteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok daripada segi rakyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” ujarnya menurut sumber.

Khairy bersuara sedemikian sewaktu ditanya soalan berkenaan calon Perdana Menteri dalam UMNO dalam PRU Ke-15 kelak. Tanggal 2 September lalu, kadar penerimaan kepimpinan Tan Sri Muhyyidin Yassin adalah sebanyak 69 peratus menurut tinjauan badan penyelidik Merdeka Center.

Tambahan, parti Perikatan Nasional (PN) lebih diterima secara umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN. Rata-rata responden berbangsa Melayu menyokong parti UMNO dan PAS untuk sertai PN.

Tanggal 1 Julai lalu, Annuar Musa selaku Setiausaha Agung BN mengatakan UMNO dan PAS dalam gabungan MN akan sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika pilihan raya dilaksanakan secara mengejut. Namun, Annuar kata dia tidak dapat ujar pendirian MN pada masa hadapan.

Dalam pada itu, berkenaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hazmah menggesa meminta pemimpin UMNO dalam kabinet PN untuk mengundurkan diri daripada jawatan masing-masing, Khairy ujar isu itu bergantung kepada Majlis Tertinggi (MT).

Tengku Razaleigh menambah, jika pihak MT UMNO berkeputusan untuk tidak lagi mendokong kerajaan kini, maka itu merupakan arahan untuk tidak sertai jemaah menteri PN.

“Setakat ini, MT Umno yang merupakan badan tertinggi parti lebih tinggi daripada mana-mana individu telah buat keputusan untuk mendukung kerajaan sedia ada, itu adalah pendirian kita dan kita kena buat pendirian secara kolektif,” katanya.

Khairy turut mengatakan pihak UMNO layak mendapat pembahagian kerusi paling banyak berdasarkan aspek kekuatan, pengaruh dan kepimpinan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya harap tidak ada apa-apa pertindihan supaya dapat diadakan pengagihan secara adil dan saksama dengan parti-parti lain.

“Tapi saya harap juga Umno akan bertanding majoriti kerusi sebab kalau lihat dari kekuatan bilangan kerusi diberikan kepada Umno Sabah, saya rasa perlu lebih banyak.

“Formula itu kita serah kepada pucuk pimpinan tetapi daripada segi prinsip dia, daripada segi kekuatan, daripada segi pengaruh, daripada segi kepemimpinan, saya rasa Umno wajar terima kerusi yang paling banyak,” katanya lagi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya