Connect with us

#pop

KKM Sahkan Kluster Terbaru Direkodkan Di Melaka Berpunca Daripada Ini – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa sebuah kluster baru telah dikesan di Negeri Bersejarah, Melaka. Kluster ini telah disahkan apabila terdapat kes yang ketiga dikesan positif Covid-19. Ujian saringan mendapati mangsa kontak rapat dengan kes kedua bagi kluster ini.

Hal ini dimaklumkan oleh KKM menerusi akaun rasmi laman sosial Facebook pada hari ini. Kes pertama kluster ini membabitkan seorang warganegara Malaysia (kes ke-8,673) yang pulang ke Malaysia dari Rusia pada 5 Julai lalu. Ujian saringan dilakukan di Pintu Masuk Antarabangsa dan beliau didapati positif Covid-19. Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

Manakala kes kedua kluster ini merupakan rakan kepada kluster pertama (kes ke-8,673). Mangsa kluster kedua (kes ke-8,718) didapati menaiki pesawat yang sama dengan rakannya itu. Ujian saringan dilakukan dan beliau didapati negatif. Namun beberapa hari selepas itu beliau mula menghidap gejala demam dan sesak saluran pernafasan pada 7 Julai lalu.

Ujian saringan ulangan mendapati beliau turut positif virus pandemik tersebut. Sehingga 13 Julai 2020, tiga kes positif dan 14 orang kontak rapat telah disahkan dalam kluster tersebut. Kesemua 14 orang yang terlibat telah disaring dan hasil mendapati negatif Covid-19. Siasatan dan aktiviti pengesanan secara aktif masih dijalankan.

Menurut makluman di atas, terdapat jangkitan Covid-19 ke atas salah seorang ahli keluarga kluster kedua (kes ke-8,718) kerana ketibaan mangsa di Malaysia disambut oleh keluarga. Seramai 4 orang ahli keluarganya datang bersama dengan memandu kereta sendiri dan menjemput di Pintu Masuk Antarabangsa.

Siasatan mengesahkan bahawa bapa kepada kes 8,718 turut dikesan positif Covid-19. Bapa beliau mengalami simptom-simptom seperti demam. Ini menjadikan bapanya (kes ke-8,724) kes ketiga kluster di PUI Novgorod.

Kami berharap pihak kerajaan dapat memantau dengan lebih ketat pintu sempadan negara kita memandangkan kes ini berpunca dari luar negara. Rakyat Malaysia sudah tentu tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan lagi.

Kerjasama dari semua pihak sangatlah penting demi membasmi w4bak m4ut ini. Jangan mudah terleka bila kes tempatan mula berkurangan kerana pada bila-bila masa saja P4ndemik ini mampu menyer4ng terutamanya apabila pintu sempadan mula dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Sikap pentingkan diri sendiri juga haruslah dibuang jauh-jauh. #kitajagakita

Sumber: Siakapkeli

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya