Connect with us

#news

Korban 368 nyawa sehari, Itali rekod kematian tertinggi angkara Covid-19

Published

on

Itali adalah antara yang awal dilaporkan menyebarkan dan kes-kes yang melibatkan Covid-19 telah meningkat secara dramatik. Sementara itu, jumlah kematian di Itali telah mencapai hampir 1,809 orang. Itali mencatatkan 368 kematian, angka korban tertinggi dalam sehari akibat Covid-19, yang kini didakwa sudah meragut lebih daripada 6,000 nyawa di seluruh dunia.

Peningkatan ini menyaksikan negara-negara Eropah terus berjuang dan bergelut dengan wabak Covid-19 dengan memperketatkan lagi langkah sekatan menahan penularan yang tuntas.

Malah, keputusan yang drastik turut dilakukan dengan membatalkan sambutan minggu Easter, apabila pemimpin di utara Itali memberi amaran tentang kekurangan alat bantuan pernafasan dan katil untuk menampung peningkatan jumlah pesakit virus.

Turut terjejas, perniagaan kafe, kedai, serta rastoran Perancis dan Sepanyol yang paling terkesan dengan penularan Covid-19 ini di Eropah, yang terpaksa ditutup bagi membenteras penularan wabak pandemik ini.

 

Turut terkesan ialah perrniagaan kafe, kedai, dan restoran Perancis dan Sepanyol yang terjejas teruk dengan wabak Covid-19 di Eropah, yang memaksa premis perniagaan ditutup untuk menghentikan wabak pandemik.

Perintah berkurung juga turut dilakukan di Sepanyol dengan melarang orang ramai keluar dari rumah kecuali untuk kerja, mendapatkan rawatan perubatan atau membeli makanan.

Hingga semalam, jumlah kes COVID-19 disahkan di seluruh dunia telah menjangkau 163,930 dengan 6,420 kematian membabitkan 141 negara dan wilayah, menurut angka yang dikumpulkan AFP daripada sumber rasmi.

Sumber: Berita Harian.

Continue Reading

Trending

Shares