Connect with us

#pop

Kucing Terbiar Berlinang Air Mata Jamah Makanan Yang Diberikan

Haiwan peliharaan harus dipelihara dengan rapi dan penuh kasih sayang. Serata dunia, kita pasti akan mendengar perkara tentang kekej4man manusia terhadap haiwan jalanan, tidak kira anjing atau kucing.

Tindakan telahpun dikenakan kepada individu yang tidak berperikemanusiaan namun ia tiada penghujung, masih berlaku dimana-mana sahaja.

Beberapa hari yang lalu, menerusi laman sosial Facebook, seorang individu wanita kongsikan dimana dia terjumpa seekor kucing jalanan.

Apa yang menarik perhatian, sewaktu diberi makan, kucing itu menitiskan airmata. Kelakuan kucing itu membuatkan wanita itu dan juga suaminya turut menitiskan airmata melihatkan keadaan dan nasib kucing itu.

Allahuakbar menitik airmata bila tgk dia mkn sambil menangis.. Selalu saya bg mkn kucing kt bwh apartment tp kucing ni x…

Gepostet von Balinda Arifin am Montag, 20. Juli 2020

 

Menerusi ruangan komen di status dan gambar dimuat naik wanita itu, pengguna yang lain turut kesian dan juga mencadangkan agar kucing itu dibawa pulang untuk penjagaan yang lebih selamat dan rapi.

Zurina Abdullah Alhamdulillah, moga awak & famili dilimpahi rezeki, aamiin yra

Ann Noorzaipa Sukor Balinda Arifin Allahuakhbar! Alhamdulillah tq Cik Balinda sbb bantu bg stray cat mkn n syg mreka…sedih baca…smoga Cik d limpah ruahkan rezki dan Allah lindungi seluruh kucing2 kesayangan Nabi nie drpd benda x elok…allahumma aamiin 😢

Trischaa Awk.sangt sangt hebat di matanya. Di mata allh Sebb allh temukan dia dengn awak pemberi rezky mkn. Untuk si bulus. Terima kasih bnyk bnyk. Semoga Allah tmbhkn rezky yng banyak untuk awak.

Semoga wanita itu dimurahkan rezekinya, In Shaa Allah.

Janganlah kita menyiks4 dan memperlakukan kej4m terhadap haiwan terbiar. Mereka tidak punya akal dan hanya mahukan makanan.

Jadilah insan yang mempunyai perasaan belas kasihan terhadap mahkluk Tuhan dan In Shaa Allah Tuhan akan balas lebih banyak dari apa kamu lakukan itu.

‎‫ ۲۰ –   اَفَلاَتَتَّقِ اﷲَ فِى هٰذِهِ اْلتَيْتَتِ الَّتِيْ مَلَّكَكَ اﷲُ اِيَّاهَا فَاِكَنَنَّهُ شَكَا ُّاِلَىَّ اَنَّكَ تُحِيْعُهُ وَتُدْءِبُهُ .‬

“Apakah engkau tidak takut kepada Allah mengenai binatang ini, yang telah diberikan kepadamu oleh Allah? Dia telah melapor kepadaku bahwa engkau telah membiarkannya lapar dan membebaninya dengan pekerjaan-pekerjaan yang berat.” (Imam Abu Dawud : 1/400)

Sumber: FB balinda arifin

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya