Connect with us

#news

Kumpulan doktor desak kerajaän untuk lanjutkan PKP sampai lepas raya

Akademi Perubatan Malaysia telah mendesak kerajaän untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga rakyat Islam Malaysia selesai menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kumpulan profesional itu memperingatkan bahawa balik kampung secara beramai-ramai dapat memburukkan lagi penyebaran vïrus pandemïk ini terutama kepada orang lanjut usia, dan akan ada kegagalan jarak sosial bilamana ramai yang akan berhenti beristirahat di sepanjang lebuh raya.

“Penarikan balik atau penguatkuasaan yang terlalu longgar ke atas sekatan PKP berpotensi mensia-siakan segala kebaikan yang telah dicapai dari usaha berkurung di rumah yang dilancarkan selama empat minggu kebelakangan ini.”

“Perang membasmi Covid-19 masih jauh lagi kalau nak diikutkan, banyak pengorbanan yang sudah dan akan terus dibuat dalam tahun ini,” kata badan profesional tersebut dalam satu kenyataan.(8/4/20)

Tambah mereka, meskipun keinginan meluangkan dan menghabiskan masa dengan saudara-mara semasa Hari Raya adalah suatu yang boleh difahami, tetapi demi membasmi vïrus pandemïk yang belum pernah terjadi sebelum ini, penjarakan sosial perlu terus dilaksanakan sehingga vaksin baru berjaya ditemui.

“Untuk tahun ini setidaknya, baik perjumpaan ketika Ramadan, Aidilfitri atau Haji kita perlu ada kawalan, pemantauan dan jika perlu haramkan perjumpaan keraian tersebut,” kata kumpulan itu.

Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan (30 Mei di Sabah) dan Hari Gawai (1 Jun di Sarawak) yang akan datang.

Lanjutkan PKP? KKM sediakan data

Fasa kedua PKP dijangka berakhir pada 14 April, manakala perayaan Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 24 Mei. KKM dijangka menyediakan data pada 10 April kepada kerajaän supaya kerajaän dapat memutuskan sama ada untuk melanjutkan perintah itu atau pun tidak.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan mengajukan sejumlah cadangan untuk dipertimbangkan kabinet, sementara menteri kanan Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa pelonggaran PKP mungkin bergantung kepada bilangan jumlah kes di setiap daerah masing-masing.

Bagaimanapun, jika PKP dilanjutkan, kumpulan itu berkata, kerajaän perlu meningkatkan usaha untuk mengurangkan kesan pandemik itu ke atas sosioekonomi rakyat.

“Kami menyedari pandemik ini telah dan akan terus memberi impak negatif yang besar terhadap semua aspek ekonomi Malaysia. Sebab itu perlunya pendekatan menyeluruh yang kuat, baik bagi pihak kerajaän mahupun rakyat,” tambah kumpulan itu lagi.

sila SHARE

Sumber malaysiakini prepared by The Klasik

Continue Reading

Trending