Lelaki Ini Kerja Keras Cukupkan Duit Kahwin Sebab Bakal Isteri Tiada Simpanan, Sekali Perempuan Tunang Dengan Orang Lain.

Dugaan ketika proses bertunang itu sesungguhnya benar, hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata walaupun setelah 7 tahun menjalin hubungan cinta bersama.

Situasi menyakitkan hati itu terjadi kepada seorang lelaki apabila bakal isterinya telah memilih insan lain menjadi teman hidup hanya lepas beberapa bulan mereka mengikat tali pertunangan.

Melalui perkongsian video di platform TikTok, @lamwauqaf sanggup meninggalkan perniagaan beliau di Melaka buat sementara waktu hanya untuk menguruskan majlis pertunangan sebelah pihak perempuan di Pulau Pinang pada April lalu.

Menurut @lamwauqaf, beliau sendiri yang menghias hantaran dan reka bentuk pelamin sehingga majlis berkenaan berlangsung dengan jayanya sebelum masing-masing bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan pada 12 Jun 2021.

Lelaki Ini Kerja Keras Cukupkan Duit Kahwin Sebab Bakal Isteri Tiada Simpanan, Sekali Perempuan Tunang dengan orang lain.

Bagaimanapun, @lamwauqaf berkata, telah berlaku sedikit pertengkaran dan hubungan mereka retak terputus selepas dia bertanya kepada tunangnya tentang wang simpanan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

“Awak cakap tak simpan langsung. Mana semua duit awak? Saya cuma suruh topup sikit, sebab saya terkurang duit. Bisnes drop sejak ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ni.

“Saya terus balik sebab nak cari duit untuk topup apa yang kurang. Saya nak cari bagi cukup, bukan lari dari masalah,” kongsinya.

Lelaki Ini Kerja Keras Cukupkan Duit Kahwin Sebab Bakal Isteri Tiada Simpanan, Sekali Perempuan Tunang dengan orang lain.

Namun pada awal bulan ini, beliau terkejut mendapat khabar berita bahawa gadis pilihannya telah selamat bertunang dengan orang lain sedangkan dirinya sedang bekerja keras untuk mengumpul duit.

“Rupanya lelaki tu, abang kawan baik awak. Patut la selama kita berhubung jarak jauh, awak selalu sangat pergi rumah kawan awak.

“Rupanya awak lagi penting kawan daripada saya, sampai kita gaduh pasal benda kecil. Saya punya usaha siapkan persiapan nikah kita,” luahnya.

Lelaki Ini Kerja Keras Cukupkan Duit Kahwin Sebab Bakal Isteri Tiada Simpanan, Sekali Perempuan Tunang dengan orang lain.

Video berdurasi 1 minit itu telah meraih 2 juta tontonan serta 15,800 komen warganet yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan selain mendoakan agar dia berjumpa dengan jodoh pasangan yang lebih baik.

Lelaki Ini Kerja Keras Cukupkan Duit Kahwin Sebab Bakal Isteri Tiada Simpanan, Sekali Perempuan Tunang dengan orang lain.

Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.

Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.

*video telah di privatekan oleh pemilik kerana hal peribadi

Sumber: TikTok @lamwauqaf

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.