“PDRM baru tau ke anggota mereka ramai yang his4p barang….try uriine tengok” – net1zen

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd. Rashid Sulaiman, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Zulhainie Zull Kafli.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam tubuh badannya sendiri.

Perbuatan itu dilakukan pada 2.30 petang di sebuah pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, 5 september lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya nilai jaminan dikurangkan kerana menjaga ibunya yang lumpuh.

Mahkamah turut menasihatkan lelaki itu untuk melantik peguam dan menetapkan 3 November depan sebagai semula kes.

Perlu mohon kebenaran PDRM untuk melancong ke Langkawi

Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara yang

memenuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, katanya kebenaran ini tidak terpakai kepada yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

“Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP yang perlu dipatuhi pengunjung ialah ia mestilah percutian secara harian, bermalam, dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan pula adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut, dan pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.

Dalam pada itu, kata Nancy, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

Dalam masa sama, perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.

“Bagi memastikan kelancaran program serta menjaga kepentingan Keluarga Malaysia secara keseluruhan, MOTAC akan membuat pemantauan berhubung pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi ini dan akan mendapatkan maklum balas daripada masyarakat berkaitan program ini secara keseluruhan dalam tempoh masa dua minggu.

“Maklum balas ini kelak akan dinilai dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan tindakan lanjut, seperti pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan yang dikenal pasti selaras dengan aspirasi MOTAC,” ujarnya.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.