Lagi Pelajar IPTA Maut Akibat Pendarahan Dalam Otak, Mula Mengadu Rasa Pening Lepas Buat ‘Test’.

Seorang pelajar dari sebuah universiti awam terkemuka di Pahang dilaporkan meninggal dunia setelah dipercayai tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Kuala Terengganu, awal pagi semalam.

Pelajar lelaki berkenaan, Muhd Adham Hazim Mohd Rizaini dilaporkan pengsan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Lagi Pelajar IPTA Maut Akibat Pendarahan Dalam Otak, Mula Mengadu Rasa Pening Lepas Buat 'Test'.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, bapa saudara mangsa, Al-Faizal Faiz menyatakan rasa sedih dan dukanya atas pemergian pelajar berusia 19 tahun itu yang  dipercayai akibat dari pendarahan di dalam kepala, malam tadi.

Akibat dari pendarahan dalam otak

“Bagi sesiapa yang mengenali diri Adham Hazim, saya mewakili dirinya memohon maaf. Dan jika ada hutang yang masih belum dilangsai bolehlah berjumpa saya.

“Satu kehilangan amat besar bagi saya kerana inilah satu-satunya paling rapat dengan saya,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto Allahyarham.

Seorang rakan mangsa, @o7991H4 melalui laman Twitter telah berkongsi beberapa tangkap layar daripada pensyarah dan kenalan mereka yang turut mendoakan kesejahteraan pelajar jurusan Kejuruteraan Awam tersebut.

Menurut @o7991H4, dia menyifatkan arwah Adham adalah seorang pelajar yang sangat rajin dan cemerlang dalam menyelesaikan tugasan diberikan pensyarah sehingga ke lewat pagi.

Jam dah pukul 2 pagi pun dia masih bertanya..

Lagi Pelajar IPTA Maut Akibat Pendarahan Dalam Otak, Mula Mengadu Rasa Pening Lepas Buat 'Test'.

Arwah mengadu rasa pening lepas ujian malam Khamis

Lagi Pelajar IPTA Maut Akibat Pendarahan Dalam Otak, Mula Mengadu Rasa Pening Lepas Buat 'Test'.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan dari universiti yang sama di kampus Kedah telah dilaporkan meninggal dunia setelah dikatakan tidak sedarkan diri di rumah sewanya di Kuala Muda, awal pagi Khamis lalu.

Berikutan kedua-dua kejadian berkenaan, segelintir netizen membuat spekulasi bahawa para pelajar mungkin terbeban dengan kuliah dalam talian serta tugasan yang banyak sehingga menghadapi tekanan yang tinggi.

Lagi Pelajar IPTA Maut Akibat Pendarahan Dalam Otak, Mula Mengadu Rasa Pening Lepas Buat 'Test'.

Setiap kali anda berasa marah atau rasa tertekan, kesihatan jantung anda akan terjejas. Ini kerana stress berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, salah satu daripada 3 penyumbang utama kepada sakit jantung. Berikut merupakan beberapa panduan untuk menguruskan stress, mengawal tekanan darah, dan menjaga kesihatan jantung anda:

1.      AMALKAN PENGURUSAN MASA

Luangkan masa yang secukupnya untuk setiap tugasan. Sikap realistik membantu anda menilai masa yang diperlukan dan elakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.

2.      HADKAN KOMITMEN

Tentukan keutamaan dan “Tunda” tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan anda lebih masa peribadi untuk relaks.

3.      KENALI SITUASI ANDA

Kenali perkara dan situasi dalam atau luar kawalan anda. Terima realiti yang tidak mampu dikawal dan fokus kepada perubahan yang boleh anda lakukan.

4.      SELESAIKAN SEGERA

Kenali masalah yang boleh anda atasi dan ambil langkah penyelesaian yang sewajarnya. Mintalah bantuan jika anda memerlukannya.

5.      AMBIL MASA UNTUK RELAKS

Tarik nafas dan rehatlah selama 15 hingga 20 minit dalam suasana yang tenang.

6.      MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF

Rapatkan hubungan yang menyokong dan membina peribadi positif anda.

7.      KEKAL AKTIF

Sertai sebarang aktiviti fizikal yang anda suka. Senaman membantu melegakan stres anda.

8.      SENTIASA POSITIF

Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan.

9.      LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN

Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti hobi, kerja sukarela, luangkan masa untuk orang tersayang, atau perkara lain yang membawa kebahagiaan kepada anda. Buatlah rancangan yang akan anda nikmati kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang bebas stres dan penuh bermakna.

10.      AMALKAN DIET YANG SEIMBANG

Dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membantu mengurus stres dan mengekekalkan tekanan darah yang sihat.

Sumber: Facebook Al-Faizal Faiz , Twitter @o7991H4

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.