Lelaki sᴜᴊᴜᴅ Atas Sejadah Undang sᴇʙᴀᴋ, Berkaki ᴘᴀʟsᴜ Tunai sᴏʟᴀᴛ

sᴏʟᴀᴛ merupakan tiang agama. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu ibadah sᴏʟᴀᴛ merupakan satu perlakuan wajib yang dimestikan dalam agama.

Jadi, tiada alasan untuk tidak menunaikan ibadah tersebut dalam apa keadaan sekalipun.

Hal ini termasuklah mereka yang ᴄᴀᴄᴀᴛ anggota ataupun lebih sopan dipanggil orang kelainan upaya (OKU).

Pakai kaki ᴘᴀʟsᴜ ketika sᴏʟᴀᴛ

Menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Instagram Ilmfeed, seorang lelaki sedang sᴏʟᴀᴛ dengan berdiri menggunakan kaki ᴘᴀʟsᴜ telah mencuri tumpuan netizen.

Situasi yang dilihat seperti dalam masjid itu memaparkan lelaki tersebut sedang sᴏʟᴀᴛ berjemaah disamping jemaah-jemaah normal yang lain dalam satu saf sᴏʟᴀᴛ .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IlmFeed (@ilmfeed)

Tiada alasan tunai ibadah walaupun ᴄᴀᴄᴀᴛ

Walaupun video itu difahamkan diambil dari luar negara, namun ia tetap berjaya menyedarkan netizen kerana menunjukkan betapa kuatnya iman seseorang dalam beribadat tanpa mengeluh kekurangan diri.

Menerusi kapsyen yang dinyatakan juga, kita diwajibkan menunaikan sᴏʟᴀᴛ tanpa alasan dan seharusnya bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat sekali gus memudahkan urusan ibadah.

Satu sifat yang terpuji yang boleh menjadi inspirasi bahawa tiada kekurangan yang dapat dijadikan alasan untuk tidak menunaikan kewajipan pada Ilahi.

Lelaki itu juga dilihat tidak menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya untuk mengasingkan diri dari masyarakat.

Satu amalan murni yang perlu dipupuk supaya golongan kurang upaya tidak berasa tersisih dan mereka juga masih dialukan untuk bergaul bersama masyarakat.

Semoga ketekunan lelaki itu menjadi inspirasi kepada masyarakat diluar sana dan tidak menjadikan kekurangan yang ada pada diri sebagai alasan untuk kita berasa tersisih.

Seharusnya kita yang sempurna akal dan anggota badan perlu mensyukuri nikmat yang diberikan dan menjadikan kita lebih rajin melakukan ibadah.

Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua pembaca.

Sumber

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …