Connect with us

#news

Lama berjauhan dengan ibu, foto anak jururawat minta rakyat duduk rumah cetus hiba

Di saat ini, dalam kalangan ibu bapa mesti sedang menghabiskan masa bersama dengan anak-anak mereka di rumah, dalam tempoh  Perintah Kawalan Pergerakan inilah peluang bagi kita untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua keluarga dapat menikmati manfaat bersama keluarga seperti yang lain. Buat para petugas dan kakitangan barisan hadapan, seperti petugas kesihatan, anggota keselamatan dan lain-lain, mereka terpaksa berkorban masa untuk berbakti dan berkhidmat kepada negara.

Begitulah yang dilalui oleh seorang jururawat ini, yang juga merupakan seorang ibu. Melalui perkongsian di Facebook dengan nama akaun, Nurfathiah Mohamad Mahadi, berkongsi foto anaknya memegang cardboard dengan tulisan dan kapsyen yang sangat menyentuh hatinya.

Ibu berjauhan dengan saya untuk menolong anda

Menerusi kapsyen jururawat itu, foto anak perempuannya yangs sedang memegang cardboard dihantar oleh pengasuh tertera meseg meminta orang ramai duduk di rumah.

“Ibu saya seorang jururawat, dia berjauhan dengan saya untuk menolong anda. Bolehkah anda semua tolong duduk di rumah untuk bantu ibu saya…”

Okay sayang kami duduk rumah jer

Sudah pasti anak kecil itu sedang menanggung rindukan masa bersama ibunya, namun apakan daya sang ibu terpaksa berjuang demi bakti kepada negara.  Foto itu membuatkan rata-rata netizen juga turut sebak.

Lama berjauhan dengan ibu, foto anak jururawat minta rakyat duduk rumah cetus hiba

Semoga ibumu dijauhkan penyakit wabak

Lama berjauhan dengan ibu, foto anak jururawat minta rakyat duduk rumah cetus hiba

Anak faham kerja ibu dia

Lama berjauhan dengan ibu, foto anak jururawat minta rakyat duduk rumah cetus hiba

Moga Allah mudahkan urusan puan

Lama berjauhan dengan ibu, foto anak jururawat minta rakyat duduk rumah cetus hiba

Tiada apa lagi yang diharapkan, marilah kita memberi kerjasama yang sepatutnya, agar si kecil ini dapat semula menikmati masanya bersama ibu tercinta.

Sumber : Nurfathiah Mohamad Mahadi

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya