Agih ayam percuma tepi jalan, sikap Anju dipuji padam ‘live’ seketika elak nampak dan tutup aib penerima.

Kebelakangan ini, terdapat banyak organisasi telah ikut serta dalam program pemberian makanan secara percuma atau food bank. Langkah ini telah dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan atau terjejas dari segi kewangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Tidak ketinggalan, selebriti yang penuh dengan kontroversi dan sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah atau mesra dikenali sebagai Anju sering menjadi perhatian media kerana beliau gemar berkongsi aktiviti hariannya di sosial media.

Terkini, Anju dilihat tidak teragak-agak untuk beri bantuan kepada yang memerlukan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

Bagi ayam mentah percuma

Kali ini, selebriti itu membuat FB langsung sebelum mengedarkan ayam mentah secara percuma di pinggir jalan dan menghantarnya sendiri kepada orang yang berhenti untuk mendapatkan bantuan.

Drive thru ayam percuma dari Anju

Live pagi tadi Anju bagi ayam percuma

Posted by Food Anjoulie on Thursday, July 8, 2021

Tutup live sebelumnya sebab nampak penerima

Apa yang menarik perhatian netizen adalah pada minit ke 0.41, apabila Anju menyatakan bahawa beliau harus menutup live seketika kerana ternampak penerima ayam mentah tersebut.

Beliau merasakan perkara berkenaan tidak baik dan enggan mendedahkan wajah penerima bantuan.

Agih ayam percuma tepi jalan, sikap Anju dipuji padam 'live' seketika elak nampak dan tutup aib penerima.

Terus bagi bantuan, tak payah banyak cakap

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan Anju dengan menyifatkan tindakan beliau itu harus dicontohi dan dijadikan tauladan.

Ia bukan sahaja dapat menutup aib penerima bantuan malah dapat juga mengelakkan sebarang pertikaian bantuan di kemudian hari. Mereka juga mendoakan agar Anju sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat menolong lebih ramai insan yang memerlukan.

Agih ayam percuma tepi jalan, sikap Anju dipuji padam 'live' seketika elak nampak dan tutup aib penerima.

Dia yang teruja bagi ayam percuma

Agih ayam percuma tepi jalan, sikap Anju dipuji padam 'live' seketika elak nampak dan tutup aib penerima.

Semoga murah rezeki sekeluarga

Agih ayam percuma tepi jalan, sikap Anju dipuji padam 'live' seketika elak nampak dan tutup aib penerima.

Seronok tengok Anju dapat buat kebaikan

Agih ayam percuma tepi jalan, sikap Anju dipuji padam 'live' seketika elak nampak dan tutup aib penerima.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya

Sumber: FB Food Anjoulie

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.