Connect with us

#pop

“Laporan tidak seimbang” – Youtuber US Bongkar 15 ‘Kesalahan’ Dalam Dokumentari Kontr0versi Al-Jazeera

Beberapa minggu yang lalu, satu video dokumentari telah ditayangkan oleh Al Jazeera bertajuk L0cked Up In Malaysia’s L0ckdown. Video itu menimbulkan perasaan kurang senang dan menjengk3lkan bagi rakyat Malaysia.

Perasaan kurang senang bertambah apabila seorang pekerja asing bertindak melemp4rkan cerita tentang bagaimana ker4jaan Malaysia melayan golongan pekerja asing ketika Perint4h Kaw4lan Perger4kan dilaksanakan.

Oleh hal yang demikian, satu akaun dari aplikasi Youtube bernama Other Side of Truth telah mendedahkan setiap mesej yang video itu sampaikan.

Sepanjang video itu dirakamkan, ternyata Youtuber dari Amerika Syarikat itu menjumpai 15 perkara yang dilabel ‘auta’ atau tidak benar dalam video yang diterbit oleh Al Jazeera itu.

Top 15 Mistakes in L0cked up in Malaysia’s L0ckdown video by Al Jazeera

mStar melaporkan, Dr Dustin Pfundheller merupakan orang yang mendedahkan bahawa stesen televisyen Al Jazeera memberitahu perkara yang tidak ada usul fakta

“Al Jazeera membuat laporan tidak seimbang terhadap Malaysia. Saya kecewa lihat banyak kesilapan dalam video oleh syarikat besar itu.”

Sementara itu, Dr Dustin berkeras bahawa banyak hal yang memberi hasil kepada Malaysia sehingga berjaya menguruskan wabak pandemik Covid-19. Dalam waktu yang sama, lelaki berasal dari Amerika Syarikat itu mendedahkan 15 perkara yang tidak benar mengenai video dokumentari itu dalam bentuk senarai.

  • * Tidak pernah berkata perkara baik mengenai Malaysia.
  • * Tidak faham sepenuhnya bagaimana untuk memerangi C0vid-19.
  • * Mencampur-adukkan pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing tanpa izin.
  • * Memaparkan laporan tidak tepat seperti kanak-kanak dig4ri dan sebagainya.
  • * Lupa bahawa rakyat Malaysia turut berhadapan saat getir berhadapan C0vid-19.
  • * Memaparkan kononnya pekerja asing dig4ri dan dibiarkan di bawah terik mentari.
  • * Tidak pernah mengakui hakikat warga asing tanpa izin membawa risiko j4ngkitan C0vid-19 yang tinggi terhadap Malaysia.
  • * Mend4kwa rakyat Malaysia enggan melakukan pekerjaan yang dibuat oleh warga asing.
  • * Berlakon seolah-olah pekerja asing tanpa izin merupakan m4ngsa.
  • * Tidak membuat liputan mengenai negara-negara lain yang lebih bersifat perkauman terhadap warga asing.
  • * Memberi gambaran tidak tepat mengenai perkauman di Malaysia.
  • * Membuat aduan kononnya menteri tidak memberikan respons untuk ditemubual.
  • * Menutup ruangan komen bagi dokumentari di YouTube mereka.
  • * Mahu masuk ke kawasan yang terdedah dengan jangkitan C0vid-19.
  • * Membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan termasuklah anggota polis dan tentera.

Video yang dimuatnaik oleh Dr Justin itu mendapat sokongan dan majoriti warganet mengucapkan terima kasih atas pendedahan yang dilakukanya.

Sumber: lobakmerah via tehtarikkaw

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya