Kesian sangat. Susah orang kita tak tahu. Hanya dia dan keluarganya je yang tahu keadaan sebenar.
Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tempoh Kawalan Pergerakkan akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020.
Memahami kondisi negara yang sedang berjuang dengan pandemik C0vid-19, hampir keseluruhan rakyat Malaysia akur dan patuh dengan arahan PKP. Namun, tidak dinafikan kebanyakkan sumber pendapatan rakyat terjejas teruk.
Jual tudung atas motor
Seorang pengguna Facebook, Alin Taharin telah memuat naik beberapa foto menghibakan dimana dia terserempak dengan seorang pemuda disisi motosikalnya menjual tudung.
Untuk beli pampers & susu anak
Pemuda tersebut menggantung kadboard dengan tulisan bahawa dia menjual tudung tersebut untuk mendapatkan duit bagi membeli lampin serta susu buat anaknya.
Dalam keadaan panas terik, pemuda itu telah memarkir motosikalnya di kawasan Petronas Seberang Jaya untuk dijadikan tapak jualan tudung yang kemudiannya digantung di motosikal.
Susah orang kita tak tahu
Perkongsian yang dibuat Alin Taharin telah menarik ramai orang meninggalkan komen diruangan tersebut. Rata-rata mereka meluahkan rasa sebak dengan kesukaran dihadapi lelaki itu yang berusaha mencari duit demi anak-anak di rumah. Malah laman Penang Kini juga berkongsi post tersebut menunjukkan tanda sokongan untuk mereka yang berusaha.
Semoga menjadi rezekinya dibulan Ramadan
Komen-komen netizen yang mendapat perhatian:
Sapa ada no acc dan alamat abg ni bolehla bagi masuk dlm komen..ramai mintak ni..semoga dilimpahkan rezeki mereka sekeluarga..Berkat bulan ramadan..Aamiin
Da lg rakyat malaysia memerlukan pertologan..yg susah..
Isu panas psai rohingya..tolong lh dlu rakyat kita ni…
Ni rakyat malaysia..masih ramai yg susah…bleh lagi ka tengok…tup2 rohingya tu kalut nak hak…hak apa..hantaq blk…sakit hati tengok…naik moto..bleh bukak kedai…anak ramai berderet2 pengotor..tlg lah Abah dengaq keluluhan anak malaysia mu..
Sapa2 ada acc abng ni plss up, sedih akk tgok anak bngsa kita terpinggir begini, 😪
Rata-rata rakyat Malaysia masih hangat dengan isu Rohingya dan tidak kurang juga ada yang perlukan nombor akaun pemuda tersebut untuk berkongsi rezeki.
Sumber : Penang Kini, Alin Taharin